Beyond the Breaking News

Tikam wanita: Ejen hartanah direman seminggu

Malaysia News News

Tikam wanita: Ejen hartanah direman seminggu
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Polis menahan seorang ejen hartanah kerana disyaki menikam kenalan wanitanya di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, kelmarin.

kenalan wanitanya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam kelmarin. Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sekitar pukul 1.50 pagi semalam ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Ke­seksaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui motif dan senjata atau peralatan digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam. Terdahulu, akhbar ini mela­porkan seorang wanita berusia 35 tahun cedera parah di leher dipercayai akibat ditikam kenalan lelaki dalam kejadian di dalam kereta jenis Mazda, pada pukul 9.19 malam. Mangsa yang juga ejen hartanah ditikam ketika dia berada tempat duduk pemandu, manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan. Suspek terus melarikan diri selepas kejadian.

Sementara itu, hubungan cinta tidak berbalas hingga menimbulkan perasaan cemburu disyaki menjadi motif kejadian seorang ibu tunggal ditikam di leher oleh kenalan lelakinya dalam kejadian di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini, kelmarin. Kedua-dua mereka yang bekerja dalam bidang hartanah dipercayai mengenali antara satu sama lain sejak lebih setahun lalu dan tiba di pekarangan sebuah restoran di situ beberapa minit sebelum kejadian.

Tindakan mangsa berusia 35 tahun yang membunyikan hon kenderaan sehingga menarik perhatian orang ramai berjaya menyelamatkan wanita itu apabila dibantu petugas sebuah klinik berhampiran yang memberi rawatan awal terhadap kecederaan parah di bahagian lehernya. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 32 tahun dipercayai menggunakan objek tajam seperti pemecah ais, pemutar skru atau pisau untuk mencederakan wanita terbabit.

“Kita masih mengesan senjata atau objek yang digunakan suspek sehingga menembusi leher mangsa dari arah kiri ke kanan yang ketika itu berada di tempat duduk pemandu, sementara suspek di sebelahnya. “Setakat ini, kita percaya motif kejadian akibat cemburu atau perasaan tidak berbalas iaitu cinta bertepuk sebelah tangan, namun siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis opens investigation into video clip showing brawl involving locals in RawangPolis opens investigation into video clip showing brawl involving locals in RawangPolis in Petaling Jaya is now investigating a video clip circulating on social media that appears to show a brawl involving several individuals suspected to be local residents near Rawang, Selangor, Malaysia. The incident took place along Jalan Rawang-Batu Arang and ended at the Rawang tollgate and then along the North-South Expressway (PLUS). The case is currently being investigated under Section 147 of the Criminal Code for disturbing public order.
Read more »

Polis ambil keterangan 65 individu termasuk Nik ZawawiPolis ambil keterangan 65 individu termasuk Nik ZawawiPolis menerima 63 laporan dari seluruh negara melibatkan kenyataan berkenaan.
Read more »

Pengadilan Kepada Guru Tidak Berjalan: Ketua Polis Negeri Kelantan, MamatPengadilan Kepada Guru Tidak Berjalan: Ketua Polis Negeri Kelantan, MamatThe report does not mention the details or consequences of the affected parties, such as the identities of the victim or victims, their severity of injuries, or the effect of the incident on their families and schools. It also does not provide information on any possible arrests or investigations conducted by the police.
Read more »

Ketua Polis Negeri Kelantan: Kes Bunuh Di Negeri melonjak Lebih 100%Ketua Polis Negeri Kelantan: Kes Bunuh Di Negeri melonjak Lebih 100%Datuk Mohd. Yusoff Mamat mendalilkan bahawa kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100% untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini. Beliau memberitahu bahawa kesnya melibatkan dadah atau tidak dan ini menyebabkan sesuatu yang sukar dijangka ataupun dijaga pihak berkuasa.
Read more »



Render Time: 2026-07-21 08:16:06