kuching TIGA lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dikendalikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Padungan, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, dalam operasi yang bermula pada jam 9.30 malam hingga 1 pagi itu, tiga lelaki berusia 22, 24 dan 26 tahun diarahkan menjalani ujian awal pernafasan menggunakan alat 'Screening Device II'.
"Ujian pernafasan kedua menggunakan mesin 'Evidential Breath Analyzer' untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati dua orang positif manakala seorang lagi negatif. "Jika sabit kesalahan, suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, seramai 83 orang diperiksa membabitkan penunggang motosikal selain pemandu kereta , pacuan empat roda dan van ."Antaranya tiada lesen memandu , gagal tunjuk lesen , kenderaan tiada hon , nombor plat tidak ikut peraturan , tiada nombor pendaftaran , tiada cermin pandang belakang , ubahsuai ekzos , tidak pakai topi keledar , ubahsuai struktur , lesen tamat tempoh dan tidak pamer cukai jalan ," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiga anak ikut jejak Mohalim Iklim2020rap Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Peribahasa itu menggambarkan tiga anak lelaki pemain bass Iklim2020, Mohalim yang mengikuti jejak bapanya yang bergiat dalam bidang muzik
Read more »
Buru tiga lelaki curi motosikal juruwang stesen minyakgombak Polis memburu tiga lelaki yang mencuri motosikal Yamaha RXZ warna merah milik juruwang stesen minyak di Jalan Su 38 Taman Selayang Utama di Gombak minggu lalu sehingga tular di media sosial.
Read more »
Dua ditahan memandu dalam keadaan mabukpetalingjaya Seorang lelaki dan wanita ditahan secara berasingan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, awal pagi ini.
Read more »
Takut disaman, remaja ditahan halang tugas polisbukitmertajam SEORANG remaja ditahan polis selepas didapati memandu melawan arus secara berbahaya dan cuba melarikan diri dalam kejadian di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, semalam.
Read more »
Enam pemandu mabuk ditahanpetalingjaya Enam individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Alkohol di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Read more »
Rakam 305 'aksi' bersama kanak-kanakJakarta Polis mendedahkan kebanyakan mangsa cabul dan penderaan seksual lelaki Perancis yang ditahan, bulan lalu adalah kanak-kanak jalanan.
Read more »