Tiga beranak maut, tiga cedera nahas Axia bertembung Hilux
SETIU: Tiga beranak maut dan tiga cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Kampung Sungai Lerek, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi, pemandu kereta jenis Perodua Axia, Nur Ardiena Kamarudin, 30, dan ibunya, Maimunah Mat Isa, 54, maut di lokasi manakala bapanya, Kamarudin Ibrahim, 55, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.Katanya, dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu Toyota Hilux, Muhammad Maani Salleh, 24, serta penumpangnya, Muhammad Adhan Syahmie Mohd. Sukri, 18.
“Empat beranak yang menaiki kereta Axia berasal dari Jalan Telipot Kota Bharu, Kelantan, manakala pemandu serta penumpang Hilux pula dari Marang, Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Mohd. Zain memberitahu, kemalangan itu berlaku ketika kereta Axia yang dipandu Nur Ardiena dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, Kelantan manakallut Hilux pula dari Tunjong, Kota Bharu menghala ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Hilux terbabit hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian, sebelum memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Axia dinaiki empat beranak itu,” katanya di sini hari ini.Sementara itu, jelasnya, tiga mayat sekeluarga tersebut dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Empat termasuk tiga remaja culik kanak-kanak dipenjara tiga tahunEmpat penculik termasuk tiga remaja dipenjara selama tiga tahun atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Read more »
KLIMS 2024 happening from Dec 5-11 – Yaris, Axia lucky draw prizes; launches, concept cars, classicsClick to enlarge We’re less than a month away from the 2024 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS), which will be happening from December 5-11 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), located …
Read more »
Toyota Hilux driver leads cops in 180km chase from Muar to KL, then gets awayKUALA LUMPUR, Nov 21 — The police are searching for the driver of a Toyota Hilux who refused to stop his vehicle after running a red light at the intersection of Jalan Bakri in...
Read more »
Hilux driver flees after 180km car chase from Muar to KLThe police had requested the driver to stop his vehicle, however the driver did not cooperate and instead, sped off to avoid being stopped.
Read more »
Hilux driver flees after 180km car chase from Muar to KLThe police had requested the driver to stop his vehicle, however the driver did not cooperate and instead, sped off to avoid being stopped.
Read more »
Kanak-kanak tiga tahun maut nahas kereta dan trelerMUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan s...
Read more »