sungaipetani Tiga beradik antara 11 lelaki ditahan dalam Ops Cegah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di sekitar Sungai Petani, semalam.
Ketiga-tiga mereka berusia 25, 35 dan 37 tahun ditahan di rumah mereka di Taman Aman Jaya, Bedong, di sini.
Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, operasi itu dijalankan selama 10 jam bermula pada 10 pagi sehingga 11.50 malam. “Selain tiga beradik itu, lapan lagi lelaki ditahan di beberapa lokasi berasingan termasuk rumah yang dijadikan sebagai ‘port’ penagihan dadah. “Antara kawasan terbabit adalah Flat Paya Nahu, Bandar Amanjaya, Kampung Bukit Sungai Pasir, Taman Desa Bidara dan Taman Delima,” katanya.Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada mereka positif syabu, tiga positif morfin manakala selebihnya positif kedua-dua jenis dadah berkenaan.
“Semua ditahan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3 Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ranjau tiga beradikguamusang Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang tinggal di Kampung Mentara Lama di sini, mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan menjaga dua adiknya selepas ibu dan bapa tirinya meninggal dunia, baru-baru ini.
Read more »
Tiga tokan syabu dicekupkotabharu Polis Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas 1.7 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM75,000 dalam tiga serbuan berasingan di Rantau Panjang dan Pasir Mas pada Khamis serta Jumaat.
Read more »
Tiga lelaki tidak mengaku bakar kilang plastiksungaipetani Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan membakar kilang plastik pada April lalu.
Read more »
Sukar keluar dari kemiskinan, tiga generasi tinggal sebumbung | The Malaysian InsightMereka tinggal dengan ibu bapa di unit flat sempit walau sudah berkeluarga kerana gaji rendah dari kadar minimum.