Beyond the Breaking News

Tidak mengaku salah hina Sultan Kelantan

Malaysia News News

Tidak mengaku salah hina Sultan Kelantan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

johorbahru Peniaga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat penghantaran jelik terhadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Mahkamah Seksyen Johor Bahru hari ini.

Tertuduh, Md Haniff Md Yunos, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim V. Mabel Sheela selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa. Mengikut kertas pertuduhan, Md Haniff didakwa melakukan perbuatan itu pada 1.

13 tengah hari, 14 Disember tahun lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui aplikasi Facebook 'Haniff Md Haniff Yunos' di sebuah rumah Taman Seri Austin Hills. Md Haniff didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Sultan Kelantan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Profil FB itu kemudiannya dibaca di Jalan Seri Austin Hills 3/10, Taman Seri Austin Hills pada 2.20 petang hari sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu selepas pensabitan. Timbalan Pendakwa Raya Lydia Salleh turut mencadangkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin kerana mengambil kira kegagalan tertuduh hadir pada minggu lalu. Md Haniff dalam rayuannya memberitahu kegagalannya hadir ke Mahkamah pada minggu lalu kerana mengambil ubat berkaitan penyakit Bipolar yang dihidapinya selain tidak cukup wang jaminan. Mabel Sheela kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira rayuan tertuduh yang menanggung keluarganya kerana isterinya hanyalah suri rumah dan memiliki lima anak berusia antara tiga hingga 10 tahun. Hakim turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran tempat tinggalnya sekali setiap bulan dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan semula kes. Mabel Sheela turut menasihati tertuduh supaya menukar kata laluan FB miliknya berikutan mendakwa bahawa akaunnya sering digodam.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sultan Johor tanggung kos baik pulih wad HSASultan Johor tanggung kos baik pulih wad HSAjohorbahru Sultan Ibrahim Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan 1 Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang terbakar petang semalam.
Read more »

Johor sultan to foot hospital repair billJohor sultan to foot hospital repair billSultan Ibrahim Sultan Iskandar says the repair cost will be borne by his foundation. FMTNews SultanJohor HospitalSultanahAminah
Read more »

Sultan Johor berkenan biaya kos baik pulih wad HSA terbakar | The Malaysian InsightSultan Johor berkenan biaya kos baik pulih wad HSA terbakar | The Malaysian InsightBaginda bertitah akan melantik kontraktor dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor.
Read more »

Johor Sultan funds repair of Sultanah Aminah Hospital building which caught fire yesterday | Malay MailJohor Sultan funds repair of Sultanah Aminah Hospital building which caught fire yesterday | Malay MailKUALA LUMPUR, June 29 — Sultan Ibrahim Iskandar has today offered to pay for damages to the Sultanah Aminah Hospital (HSA) in Johor Baru after it caught fire again yesterday. The Johor Sultan said this was because he wants repair works to commence quickly, with the welfare of patients in mind....
Read more »

Sultan Johor akan biaya kos baiki Hospital Sultanah AminahSultan Johor akan biaya kos baiki Hospital Sultanah AminahKontraktor akan dilantik bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor. FMTNews SultanJohor HospitalSultanahAminah
Read more »

Johor Sultan consents to pay for repairs to burnt HSA wardJohor Sultan consents to pay for repairs to burnt HSA wardA fire broke out yesterday in the HSA involving the Women’s Ward 1.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:49:24