KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal polis mendapati kes kematian tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Khamis lalu, ti...
: Hasil siasatan awal polis mendapati kes kematian tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Khamis lalu, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis juga menemui petunjuk baharu kes itu antaranya sekeping nota bunuh diri yang di dalamnya tertulis senarai nama pemiutang. Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memanggil majikan dan ahli keluarga terdekat mangsa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Proses bedah siasat telah selesai dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui dan polis masih menunggu laporan daripada ujian toksikologi ,” katanya kepada Bernama hari ini. Dalam kejadian itu, seorang ibu berusia 42 tahun dan dua anaknya, perempuan dan lelaki masing-masing berusia berumur 14 dan 15 tahun ditemukan mati di sebuah bilik di pangsapuri tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes 3 beranak ditemui mati tiada unsur jenayah, kata polisPolis turut menemui petunjuk baharu kes antaranya sekeping nota bunuh diri tertulis senarai pemiutang.
Read more »
Prasarana nilai semula kekerapan bas di laluan AmpangPihak kami akan sentiasa memantau pengoperasian perkhidmatan bas dan akan terus membuat penambahbaikan demi keselesaan.
Read more »
AKLEH now accepts credit and debit cards for toll paymentsKUALA LUMPUR, Sept 10 — The Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) is now accepting credit and debit cards as it has started its open payment system trial yesterday,...
Read more »
Tiga sekeluarga dicari berkaitan kes dadahPolis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Read more »
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di MaghribiRakyat Malaysia yang berada di negara itu dinasihat sentiasa berwaspada serta mengikuti prosedur dan garis panduan keselamatan
Read more »
Tiada lagi sasaran pingat emas Sukan AsiaSasaran pingat emas tidak lagi menjadi keutamaan kontinjen Malaysia apabila berentap dalam Sukan Asia di Hangzhou bulan ini, sebaliknya
Read more »