KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan(KBS) tidak akan melakukan sebarang rombakan dalam program Road To Gold (RTG)
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari ketika menghadiri Majlis Pelancaran My Athlete Center serta penandatanganan Memorandum Persefahaman bersama MACE Partners di Majlis Sukan Negara , semalam.
-IHSAN MSNKUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan tidak akan melakukan sebarang rombakan dalam program Road To Gold bagi memastikan sasaran memburu emas pertama negara di pentas Olimpik kekal menjadi agenda utama. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, segala aktiviti program, berkenaan akan berjalan mengikut penjadualan asal yang telah dirancang sebelum ini. “Setakat ini tidak ada perubahan. Kita akan terus bekerja rapat untuk memastikan RTG berjalan lancar dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. “Kalau ada perubahan dari semasa ke semasa, saya akan buat pengumuman,” katanya selepas Majlis Pelancaran My Athlete Center serta penandatanganan Memorandum Persefahaman bersama MACE Partners di Majlis Sukan Negara , semalam. Taufiq juga memaklumkan beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memastikan hala tuju 12 atlet RTG lebih jelas dan memberi manfaat maksimum kepada atlet negara. “Satu mesyuarat bersama jawatankuasa RTG akan diadakan dalam masa terdekat untuk memperincikan hala tuju dan perancangan program,” katanya. Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi pelaksanaan RTG untuk tahun 2026 sebagai sebahagian usaha memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Dalam perkembangan lain, Taufiq turut menyempurnakan perasmian My Athlete Centre yang bakal menjadi pusat tumpuan kesejahteraan serta kebajikan atlet. Fasiliti bernilai RM500,000 itu dibangunkan sebagai ruang santai berkonsep moden, khusus bagi membantu atlet melepaskan tekanan selepas menjalani latihan berintensiti tinggi.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Thunderstorms, Heavy Rain, and Strong Winds to Batter Kuala Lumpur, Putrajaya, and Several States TodayThe Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued an alert forecasting thunderstorms, heavy rain, and strong winds for Kuala Lumpur, Putrajaya, and nine other states in Malaysia until 5:00 PM today. This warning covers a wide geographical area, advising residents to take precautions and stay informed about the evolving weather conditions. The alert highlights areas at risk of flooding and potential infrastructure damage.
Read more »
Malam Warisan Melayu: The St. Regis Kuala Lumpur Angkat Semula Cita Rasa Warisan Yang Kian DilupakanMalam Warisan Melayu 2026 di The St. Regis Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman Ramadan elegan, bermakna dan kaya dengan rasa warisan.
Read more »
KL Immigration cracks down on visa forgery syndicate, couple jailed and fined RM112,000KUALA LUMPUR, Feb 25 — The Federal Territory of Kuala Lumpur Immigration Department has busted an international visa forgery syndicate known as “David Lawrence” in a raid...
Read more »
Immigration Officer Stable After Being Hit by Foreigner in Kuala LumpurAn immigration officer injured during an operation at an entertainment center in Bukit Bintang, Kuala Lumpur, is in stable condition and recovering. The officer was reportedly hit by an aggressive, intoxicated individual. The Immigration Department is also monitoring the involvement of foreigners driving lorries without valid licenses and is collaborating with the Road Transport Department.
Read more »
Elderly Painter Pleads Not Guilty to ATM Vandalism Charges in Kuala LumpurA 67-year-old man has pleaded not guilty to charges of damaging ATM screens at multiple banks in the Jinjang area of Kuala Lumpur. The charges, involving 13 damaged ATM screens and a cash deposit machine, carry potential prison sentences and fines.
Read more »
Plastics factory destroyed in Kuala Selangor fireRetinal detachment surgery is a procedure performed to reattach the retina to the back of the eye.
Read more »



