Beyond the Breaking News

Tiada laporan warga China diberi MyKad, kata SPRM

United States News News

Tiada laporan warga China diberi MyKad, kata SPRM
United States Latest News,United States Headlines

Latheefa Koya berkata, SPRM boleh memulakan siasatannya sendiri, jika ia menerima maklumat boleh dipercayai berhubung dakwaan warga China diberikan MyKad. FMTNews

Latheefa Koya ditemani Pengarah SPRM Sabah, Sazali Salbi pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan warga China diberikan MyKad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bagaimanapun berkata agensi anti-rasuah itu boleh memulakan siasatannya sendiri, jika ia menerima maklumat boleh dipercayai berhubung perkara berkenaan. “Kes MyKad dan kad pengenalan palsu bukan perkara baru. Jika ada sindiket sedemikian, kami tentu akan memulakan siasatan,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini. “Kita sebenarnya boleh bertindak tanpa laporan rasmi, tetapi buat masa ini, kami belum terima aduan atau sebarang maklumat, hanya daripada laporan berita.” Hari ini, Harian Metro melaporkan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan dalam operasi khas pada minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang. Akhbar itu melaporkan polis turut menahan beberapa individu dalam satu operasi sulit kerana disyaki terbabit dalam penjualan MyKad berjumlah RM350,000 kepada warga asing. Sumber dipetik akhbar itu berkata, sindiket terbabit terbongkar susulan laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang berhubung seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun yang mahu membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah. Pada 9 September lalu, Jabatan Pendaftaran Negara membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini. Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun. Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada September 2017 mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan. Mengenai pasukan petugas SPRM mengkaji kes yang memerlukan tindakan punitif susulan pendedahan dalam laporan ketua audit negara terbaru, Latheefa berkata, agensi itu sedang meneliti beberapa kes membabitkan rasuah.“Sesetengah kes boleh diteliti untuk tindakan disiplin, manakala yang lain untuk menghentikan ketirisan. Tetapi, ada kes dengan unsur jenayah yang kami sedang siasat.”Katanya, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad masih menyokong usaha anti-rasuah. “Hanya ada beberapa kes besar membabitkan jumlah dana banyak dan personaliti besar. Nama-nama ini disiarkan dalam media sehingga menjadi sensasi. “Ini menyebabkan persepsi rasuah berlaku setiap hari, tetapi kadangkala ia sebenarnya adalah kes sama. “Kita tidak kata ia bersih sepenuhnya – ada aduan yang diterima. Tetapi, ia bukannya berleluasa seperti dahulu.”

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

China angered after German foreign minister meets HK activistChina angered after German foreign minister meets HK activistWong met Maas on Monday in Berlin at an event hosted by the German newspaper BILD.
Read more »

Pegawai kerajaan jual MyKadPegawai kerajaan jual MyKadKualaLumpur Beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi direman polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang baru-baru ini,
Read more »

Gov't officers involved in fake MyKad syndicate nabbed under SosmaGov't officers involved in fake MyKad syndicate nabbed under SosmaThe fake MyKads were sold at a price of RM350,000 each.
Read more »

Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi dtahanSindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi dtahanPolis turut menahan beberapa individu dalam satu operasi sulit kerana disyaki terbabit dalam penjualan MyKad berjumlah RM350,000 kepada warga asing. FMTNews
Read more »

Pegawai JPN P. Pinang terbabit jual MyKad didakwa esokPegawai JPN P. Pinang terbabit jual MyKad didakwa esokPULAU PINANG 11 Sept. - Seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga China.
Read more »



Render Time: 2026-06-16 08:34:18