Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya ada kes positif dalam kalangan peserta perhimpunan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan, setakat ini, tiada laporan berkaitan kluster baharu didakwa tercetus susulan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Julai lalu.
“Ada laporan yang telah kita terima daripada netizen mengatakan salah seorang yang pergi ke tapak demonstrasi telah dijangkiti. “Tetapi, KKM tidak dapat sahkan berita tersebut dan tidak dapat pastikan kesahihan berita itu. Jadi, siasatan masih dijalankan dan setakat ini, tiada laporan berkait kluster demonstrasi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung tular tangkap layar yang mendakwa, seorang peserta perhimpunan dijangkiti Covid-19 serta dikatakan membawa virus tersebut pulang ke rumah. Pada 31 Julai lalu, media melaporkan, perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ itu disertai kumpulan berbaju hitam berarak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Orang ramai turut mengecam perbuatan penganjur dan peserta perhimpunan tersebut kerana negara masih lagi berdepan dengan wabak pandemik Covid-19. -UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ketua Bahagian Bersatu Pekan letak jawatan, kembali sertai UMNO - Utusan DigitalWan Abu Bakar berkata, beliau kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin parti itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.
Read more »
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dipanggil polis - Utusan Digital'Sekiranya semua yang mengkritik kerajaan ditahan dan disiasat, saya yakin ini hanya menyusahkan pihak berkuasa seperti polis kerana terpaksa menjalankan siasatan terhadap isu remeh.'
Read more »
Naib Canselor baharu UniMAP fokus transformasi pendidikan digital - Utusan DigitalUjarnya, UniMAP juga berhasrat mengemas kini kecemerlangannya dengan melihat faktor seperti penjenamaan semula, kedudukan (ranking) dan keterlihatannya bagi memastikan kecemerlangan universiti itu dapat dipertingkatkan lagi walaupun dalam situasi Covid-19.
Read more »
Pelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital - Utusan DigitalPelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital
Read more »
WHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19 - Utusan DigitalWHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19
Read more »
Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan - Utusan DigitalDifahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.
Read more »