Maritim Malaysia tidak mengesan cubaan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar sebaliknya hanya secara kecil
PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak mengesan cubaan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Myanmar secara besar-besaran menggunakan kapal nelayan di perairan negara.
Beliau berkata, tidak dinafikan terdapat cubaan masuk secara kecil-kecilan menggunakan jalan darat dari kem pelarian ke selatan Thailand dan cuba memasuki Malaysia melalui Pulau Langkawi, Kedah khususnya dari tahun 2010 hingga 2022. Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia turut melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa lain dengan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam operasi penguatkuasaan serta perkongsian maklumat perisikan secara bersama.
“Penggunaan teknologi moden seperti sistem C4ISR , penggunaa radar SWASLA dan dron turut diperluaskan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dalam perairan negara terutamanya di kawasan laut yang sukar diakses,”jelasnya. Beliau menambah, kerjasama dengan negara jiran melalui hubungan bilateral sedia ada turut diperkukuhkan untuk menangani masalah pelarian dan penyeludupan manusia di perairan serantau.
“Kita turut melaksanakan Op Patkor Optima Malindo iaitu operasi penguatkuasaan yang melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia yang memberi fokus kepada pengawasan bersama di kawasan maritim yang sering menjadi laluan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan termasuk perdagangan manusia, penyeludupan dadah dan lain-lain kegiatan jenayah,” kata beliau.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Maritim Malaysia bangunkan sistem C4ISR tangani ancaman jenayah perairanAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menggunakan sistem C4ISR bagi melengkapi keperluan operasi agensi ini.
Read more »
Keluarga enggan komen dakwaan rakyat Malaysia jadi tentera upahan“No comment, no comment (tiada ulasan, tiada ulasan),”
Read more »
Banjir besar Sepanyol: Tiada rakyat Malaysia terlibatBanjir besar Sepanyol: Tiada rakyat Malaysia terlibat
Read more »
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Valencia, SepanyolPUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menuru...
Read more »
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritimKUALA LUMPUR: Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah har...
Read more »
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritimKUALA LUMPUR: Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah har...
Read more »