kualalumpur Kepimpinan tentera di Myanmar digesa supaya mengubah haluan semasa dan memilih jalan ke arah penyelesaian yang aman, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dalam satu kenyataan malam ini berkata, Malaysia menyuarakan rasa kebimbangan serius terhadap keadaan tragik di Myanmar sejak berlaku rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu.
"Sekali lagi, Malaysia mengulangi gesaan kami yang konsisten terhadap semua pihak yang berkaitan, untuk bekerjasama ke arah penyelesaian aman dalam krisis ini. Muhyiddin berkata, bagi tujuan itu, beliau juga meminta supaya pemimpin politik yang ditahan, dibebaskan dengan segera tanpa syarat termasuk Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi dan Presiden U Win Myint yang ditahan sejak 1 Februari lalu.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, apa yang jelas adalah pergelutan politik semasa di negara itu hanya menjadikan rakyat biasa sebagai mangsa.