Beyond the Breaking News

“Tengah usaha jaga aurat” – Harris Annuar takut alpa - Utusan Digital

Malaysia News News

“Tengah usaha jaga aurat” – Harris Annuar takut alpa - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Dengan ujian yang kita hadapi ini, masing-masing mendekatkan diri dengan agama, Alhamdulillah. Cuma takut kemungkinan akan alpa bila Covid-19 ini sudah tiada.'

Itu kata pelakon Harris Annuar yang melihat kebaikan pandemik Corona-19 ini sebenarnya membawa hikmah teguran Allah SWT pada diri setiap muslimin. Katanya ketika dihubungi, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini meluahkan, saban hari ada saja berita sedih pemergian rakan dan ahli keluarga terdekat menghadap Ilahi.

“Dengan ujian yang kita hadapi ini, masing-masing mendekatkan diri dengan agama, Alhamdulillah. Cuma takut kemungkinan akan alpa bila Covid-19 ini sudah tiada. “Pada masa sama saya juga sedang berusaha menjaga aurat, mencabar juga tapi saya usaha,” jelasnya kepada Utusan Malaysia. Selasa lalu, emosinya sedikit runtuh dengan perkhabaran berita kawannya meninggal dunia dan lebih terkesan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. “Hari ini saya terima berita kawan meninggal dunia, sehari selepas arwah kak Siti Sarah pergi. Dengan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 juga semakin membimbangkan, perasaan saya jadi bercampur aduk. Apa lagi statistik di Selangor semakin tinggi, sesiapa saja boleh terkena jangkitan. “Kalau sebelum ini terasa seperti mendengar laporan berita saja, hari ini saya rasa setiap daripada rakan-rakan pasti ada ahli anggota keluarga terdekat yang pergi menghadap Ilahi kerana dijangkiti wabak itu,” ujarnya yang sudah lengkap dua dos vaksinasi.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kelonggaran SOP tanda kegagalan usaha kekang Covid-19 - PH - Utusan DigitalKelonggaran SOP tanda kegagalan usaha kekang Covid-19 - PH - Utusan Digital'Meskipun orang ramai berasa lega dengan kelonggaran itu namun peringatan dari pakar kesihatan awam berkenaan sistem kesihatan awam di negeri terlibat wajib dipandang serius.'
Read more »

Kerangka jambatan terbiar di tengah Sungai Jelai, penduduk Gemunchor minta alih - Utusan DigitalKerangka jambatan terbiar di tengah Sungai Jelai, penduduk Gemunchor minta alih - Utusan DigitalKerangka jambatan terbiar di tengah Sungai Jelai, penduduk Gemunchor minta alih
Read more »

“Terima kasih Shuib jaga sahabat saya sampai akhir hayat” – Azharina Azhar - Utusan Digital“Terima kasih Shuib jaga sahabat saya sampai akhir hayat” – Azharina Azhar - Utusan Digital“Arwah, dulu dia aktif masuk pelbagai pertandingan dan mesti ajak saya sekali. Di Bintang RTM kami digelar belangkas, sehinggalah dia sudah berkahwin dan saya sudah ada anak.'
Read more »

Pelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital - Utusan DigitalPelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital - Utusan DigitalPelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital
Read more »

Sabah terima 200,000 vaksin CanSino minggu hadapan - Utusan DigitalSabah terima 200,000 vaksin CanSino minggu hadapan - Utusan DigitalBiarpun Jabatan Kesihatan Negeri Sabah meminta sebanyak 1.8 juta dos vaksin CanSino, tetapi bekalan pertama yang akan sampai pada minggu hadapan hanya sebanyak 200,000 dos
Read more »

Mayat pendaki ditemukan selepas sembilan bulan - Utusan DigitalMayat pendaki ditemukan selepas sembilan bulan - Utusan DigitalKozeev dilaporkan hilang pada November tahun lalu
Read more »



Render Time: 2026-07-13 11:53:32