ShahAlam Permintaan tempoyak sebagai sajian makanan pengguna dan restoran di negara ini mencecah sejuta kilogram tahun lalu.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan , Datuk Ahmad Ishak berkata, keadaan itu membuktikan tempoyak turut menjadi sajian tradisional yang terus digemari rakyat tempatan.diperam. Ia juga semakin dikenali di Eropah apabila terdapat syarikat tempatan sudah mengeksportnya ke benua berkenaan.
“Saya percaya ia setanding dengan makanan tradisional lain seperti Korea iaitu kimchi yang mendapat permintaan orang ramai. “Justeru, kita juga boleh berbangga terhadap produk tempoyak dengan menjadikannya sebagai menu wajib seperti negera berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Restoran Claypot Patin Tempoyak Temerloh di Seksyen 27, hari ini.“Kita tidak mahu ia hanya digunakan dalam menu tradisional seperti ikan air tawar terutama ikan patin semata-mata.Perancis disapu dengan mayonis dan salad. Rasanya ternyata mengagumkan dan mampu mencapai tahap cita rasa antarabangsa,” katanya.
“Ia selaras dengan seruan kerajaan yang mahu menjadikan 50 peratus rakyat di negara ini menggunakan ikan air tawar sebagai asas protein dalam makanan mereka berikutan ikan di laut yang semakin berkurangan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Eksport tempoyak dan sambal hitamkuantan Bagi memenuhi pasaran antarabangsa pula produk berkenaan perlu dibungkus atau dibotolkan dengan sempurna, mempunyai label dan syarat lain ditetapkan syarikat pengedar
Read more »
Sasaran sejuta peluang pekerjaan mampu dicapai dalam 5 tahun, kata menteri | The Malaysian InsightKulasegaran berkata, terdapat 130,000 peluang pekerjaan dari Jun hingga Disember.
Read more »