Tema 'ala orang Mexico' tampil keunikan di majlis apresiasi perkhidmatan
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.
Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen pula berkenan menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Terpilih MAIPs kepada Halina Abd Wahid dan Nor Fartima Mohd Noor, dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, Nor Faezah Hassan dan Siti Sarah Saidin, serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Faizah Ahmad serta Maziah Mansor.
Titah baginda, dunia pekerjaan mengajarkan setiap insan untuk berlaku jujur, bertanggungjawab, dan mematuhi prinsip etika dalam tindakan.“Ketahuilah bahawa setiap pekerja merupakan pemegang amanah yang cukup besar, jadi individu perlu tahu mengapa memilih kerjaya tertentu, dan apa yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi untuk memegang jawatan masing-masing.