KualaLumpur Ramai penjawat awam sanggup berhabis RM500 hingga RM1,000 sehari ketagih judi dalam talian.
Kegilaan terhadap judi ini menyebabkan mereka kini menjadi buruan along kerana tidak mampu membuat bayaran balik ke atas pinjaman yang sudah dibuat.
Sekiranya kaki judi menang, mereka boleh bertemu ahli sindiket judi terbabit untuk memperoleh wang kemenangan secara tunai. Sumber berkata, sindiket judi dalam talian mampu meraih pulangan jutaan ringgit dalam masa sebulan kerana ketamakan kaki judi yang tidak serik bertaruh.“Mereka ini datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pekerja biasa, kilang, berniaga kecil-kecilan dan penjawat awam kategori pertengahan,” katanya.
Katanya, terdapat kebimbangan penjawat awam sanggup meminjam along untuk meneruskan kegilaannya berjudi. Sementara itu, kaki judi yang ditahan D7 Kontinjen Selangor dalam serbuan di premis perjudian di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini turut mengakui dia tidak pernah menang dalam pertaruhan itu.“Dalam sejam, saya dah bertaruh RM100 namun belum menang lagi. Pernah satu malam saya habis RM500 hingga RM1,000 terutama selepas menerima gaji,” katanya yang enggan dikenali.
Malah, kerana ketagih untuk berjudi, sindiket terbabit tidak perlu bersusah untuk membuat sebarang iklan mengenai kewujudan premis terbabit sebaliknya bagai ada tarikan apabila ia tetap dipenuhi pelanggan yang ingin membuat pertaruhan. “Usaha polis yang berterusan membanteras kegiatan perjudian ini menyebabkan sindiket kini sukar beroperasi sehingga mereka terpaksa mengubah taktik termasuk menyediakan komputer riba, tablet dan telefon bimbit sebagai alat untuk berjudi dalam talian tanpa memerlukan mesin simulator.
“Keuntungan sindiket ini terpulang kepada kawasan perniagaan dan sambutan diterima dan jika kurang mendapat pelanggan, mereka akan berpindah ke lokasi lain dalam masa sama mengelak ditahan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Padan muka korang!LIMA remaja lelaki ditahan semalam selepas disyaki merogol gadis berusia 14 tahun sehingga hamil, pada November dan Disember lalu.
Read more »
Anak tanya ibu baru - Along Cham
Read more »