Tegkang terima pengiktirafan antarabangsa
KUALA LUMPUR: Filem Tegkang mencipta kejayaan apabila dipilih sebagai pemenang kategori Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik sempena penganjuran First-Time Filmmaker Showcase, baru-baru ini.
Penulis cerita dan pengarahnya, Josh Nawan, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pengiktirafan dan penghormatan buat masyarakat Kelabit di Sarawak yang mana budaya dan kehidupan mereka diceritakan dalam filem tersebut.“Budaya masyarakat Kelabit jarang diketengahkan dalam dunia seni tanah air. Oleh itu, kemenangan filem ini juga menjadi satu pengiktirafan buat kami.
“Saya bersyukur kerana filem ini diberi peluang untuk dipertontonkan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan. Tegkang menceritakan bagaimana persahabatan yang terjalin antara seorang lelaki asing dengan seorang penduduk sebuah kampung dekat Bario, Sarawak membawa kepada pendedahan rahsia yang disembunyikan di kampung berkenaan.Lift-Off First-Time Filmmaker Sessions merupakan pameran bulanan dalam talian yang didedikasikan untuk menyokong karya pengarah-pengarah baru selain menjadi platform tayangan filem indie dari seluruh dunia.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia lebih baik berbanding dahuluCYBERJAYA: Malaysia kini mendapat pengiktirafan yang lebih baik di peringkat antarabangsa berbanding sebelumnya hasil kerjasama strategik dengan kuasa...
Read more »
Wai Hong Brothers rancang disenarai di Pasaran ACE 2025WHB diasaskan pada 2001, merupakan pakar pembaikan bumbung terkemuka di negara ini dengan mendapat dua pengiktirafan antarabangsa iaitu ISO 9001:2015 dan ISO 45001:2018.
Read more »
MAIPs sasar tingkat pengiktirafan lokal dan global – Pemangku Raja PerlisMAIPs sasar tingkat pengiktirafan lokal dan global - Pemangku Raja Perlis
Read more »
Lapor SKMM jika terima kandungan SMS terlarangLapor SKMM jika terima kandungan SMS terlarang Lapor SKMM jika terima kandungan SMS terlarang
Read more »
Malaysia bakal terima ubat, vaksin MpoxMalaysia bakal terima ubat, vaksin Mpox Malaysia bakal terima ubat, vaksin Mpox
Read more »
Pupuk persekitaran kondusif pelaburan, inovasiUsahawan Cina tempatan dan antarabangsa mempunyai peranan memberi pandangan dan menasihati kerajaan.
Read more »