Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa menafikan sepakan penalti diambil penyerang Poland, Robert Lewandowski untuk kedua-dua pasukan seri 0-0.
DOHA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa diangkat sebagai wira pasukannya setelah berjaya menafikan sepakan penalti diambil penyerang berbisa Poland, Robert Lewandowski dalam aksi perlawanan kumpulan C Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium 974, di Ras Abu Aboud, Qatar, sebentar tadi.
Ochoa yang mempunyai wajah mirip watak utama siri televisyen “How I Met Your Mother”, Ted Mosby yang dilakonkan Josh Radnor, menepis sepakan penalti Lewandowski selepas pengadil perlawanan, Chris Beath meneliti video bantuan pengadil dan mendapati pertahanan Mexico, Hector Moreno menarik baju Lewandowski dalam kotak penalti pada minit ke 59.
Bagi Lewandowski, walaupun dia bergelar penjaring terbanyak untuk pasukan Poland dan ganas menggegar gawang di peringkat kelab, ironinya dia masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol dalam aksi Piala Dunia.Keputusan seri tanpa jaringan ini menyaksikan Poland dan Mexico terpaksa berkongsi satu mata mengekori pendahulu kumpulan C, Arab Saudi yang unggul selepas melakar kejutan untuk menewaskan Argentina sebentar tadi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Soccer-No attack support for Lewandowski, Jimenez on bench for MexicoDOHA (Reuters) - Poland coach Czeslaw Michniewicz chose to return to a one-striker lineup for their World Cup opener against Mexico at the 974 Stadium on Tuesday, leaving Robert Lewandowski up front without a strike partner.
Read more »
Mexico bukan lawan ‘cap ayam’“Mexico bukan lawan mudah dan pasti memberi kesukaran tetapi kita perlu menang ke atas mereka supaya semua pemain lebih yakin.' - LEWANDOwSKI
Read more »
'Legacy of our ancestors': Mexico weaves fashion policy to curb plagiarismMexico has lodged several complaints against major clothing brands for alleged cultural appropriation. The government is now pursuing a policy of rehabilitating the dignity of Indigenous peoples.
Read more »
Soccer-Mexico are not favourites, we feel just as important, says Poland coachDOHA (Reuters) - Poland coach Czeslaw Michniewicz denied Mexico were the favourites in their World Cup Group C opener on Tuesday, saying all the teams at the tournament fully deserved to be there.
Read more »
Piala Dunia: Penyokong Jepun sukarela kutip sampah di Stadium Al-BaytWarganet kagum dengan penonton bola sepak warganegara Jepun yang membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Al-Bayt, Qatar
Read more »