TECNO Malaysia sekali lagi melancarkan sebuah telefon pintar permainan terbaik peringkat permulaan iaitu TECNO Spark 20 Pro.
PETALING JAYA: TECNO Malaysia sekali lagi menghasilkan sebuah telefon pintar untuk permainan dengan prestasi lancar iaitu TECNO Spark 20 Pro yang bakal dilancarkan pada 17 Februari ini.
Pada harga RM699 anda boleh mendapatkan variasi Spark 20 Pro manakala pada harga RM799 pula bagi variasi Spark 20 Pro untuk storan yang lebih besar. Selain itu, telefon pintar permainan terbaik ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri besar iaitu sebanyak 5000mAh dengan pengecasan 33W untuk bermain permainan video tanpa henti.
Bagi kamera hadapan pula, ia dilengkapi dengan 32MP Swafoto dengan teknologi Dual-Tone Flash yang mempunyai tiga mod pencahayaan.