Taufan Isaias membadai Bahamas pada Jumaat ketika bergerak menuju Florida, sekali gus bahaya baharu kepada Amerika Syarikat (AS) ketika negara itu menderita dengan rekod kematian tinggi akibat wabak Covid-19.
Badai kategori satu dengan angin 120 kilometer sejam itu, semakin kuat pada malam Khamis selepas memusnahkan Republik Dominika.
Amaran taufan dikeluarkan di kawasan rendah Bahamas selain perairan Florida termasuk, Palm Beach yang menempatkan resort milik Presiden AS Donald Trump, Mar-a-lago.Gabenor Florida Ron DeSantis menandatangani perisytiharan darurat untuk daerah di pantai Atlantik yang terdedah, tetapi pergerakan lintasan ribut yang sedikit ke arah barat memberi harapan bahawa Florida mungkin terhindar daripada serangan langsung.
Florida ketika ini pusat pandemik dan bimbang sekiranya Isaias melanda akan menyebabkan huru hara memandangkan, hospitalnya dipenuhi pesakit Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selera Dish fokus jual atas talianBisnes NFS Symphony Enterprise, penyedia makanan di bawah jenama Selera Dish komited untuk menjadi pemain utama dalam industri makanan dalam tempoh lima tahun lagi.
Read more »
Suhakam seru kerajaan segera keluar laporan RCI Wang KelianKeadilan mesti diberikan tetapi yang lebih penting tindakan dalam menghalang kejadian berulang. FMTNews WangKelian
Read more »
PAS mahu memperkasakan MN, teruskan kerjasama dengan PNmarang PAS akan memperkasakan hubungan kerjasama antara parti termasuk UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Read more »
Keahlian Najib dalam UMNO bergantung keputusan rayuan - Utusan Malaysia“Sekarang, masih dalam peringkat rayuan. Kita akan tentukan keputusan untuk Najib (lucut keahlian) selepas didapati bersalah.' -Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Read more »