Tasik Seksyen 7 ditutup kepada orang awam pada waktu malam

Malaysia News News

Tasik Seksyen 7 ditutup kepada orang awam pada waktu malam
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

SHAH ALAM: Kawasan rekreasi Tasik Seksyen 7, di sini ditutup sementara kepada orang awam pada pukul 8 malam hingga 7 pagi mulai hari ini bagi memastikan keselamatan sehingga operasi penangkapan buaya di situ di tangkap.

Penutupan pada waktu tersebut juga berkuat kuasa ke atas peniaga gerai-gerai di kawasan berkenaan yang dibenarkan beroperasi sehingga pukul 7 malam.

Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam dalam kenyataannya berkata, langkah tersebut diambil sementara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Selangor memburu reptilia berkenaan. “Penutupan sementara ini akan melibatkan aktiviti rekreasi di sekitar Tasik Seksyen 7 Shah Alam seperti berjoging bermula jam 8.00 malam sehingga 7.00 pagi sehingga operasi menangkap buaya selesai dijalankan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi dan pada masa yang sama memastikan keselamatan orang awam di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya, hari ini.Dalam pada itu, kenyataan sama turut memaklumkan Perhilitan Selangor sudah pun memasang dua perangkap di tasik berkenaan sementara pemasangan jaring di lima saluran air oleh MBSA bagi mengelakkan spesies buaya tembaga itu daripada terlepas.

“Para pengunjung dinasihati untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan Tasik Shah Alam Seksyen 7 sehingga Operasi Menangkap Buaya selesai dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kelibat Buaya Di Tasik Shah Alam, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-hatiKelibat Buaya Di Tasik Shah Alam, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-hatiPita keselamatan telah dipasang di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan pengumuman rasmi penutupan akan dilakukan oleh pihak Datuk Bandar hari ini.
Read more »

Kes Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, MBSA & PERHILITAN Kerjasama Pasang 2 PerangkapKes Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, MBSA & PERHILITAN Kerjasama Pasang 2 PerangkapHarap dapat lahtangkap buaya tu.
Read more »

Croc Ops Continues As Crocodile At Taman Tasik Shah Alam Remains ElusiveCroc Ops Continues As Crocodile At Taman Tasik Shah Alam Remains ElusiveThe crocodile showed up for about five minutes during an operation yesterday.
Read more »

Dua perangkap buaya dipasang di Tasik Seksyen 7Dua perangkap buaya dipasang di Tasik Seksyen 7SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang dua perangkap dan meletakkannya di Tasik Seksyen 7, di sini, hari ini bagi menangkap seekor buaya yang dikesan muncul di kawasan rekreasi itu.
Read more »

Buaya Tasik Seksyen 7 dirakam dron PerhilitanBuaya Tasik Seksyen 7 dirakam dron PerhilitanSHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya merakam imej buaya tular yang berada di Taman Tasik Seksyen 7 di sini, petang tadi.
Read more »

Perhilitan ‘buru’ buaya, letak tanda amaran di Tasik Seksyen 7Perhilitan ‘buru’ buaya, letak tanda amaran di Tasik Seksyen 7SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memburu seekor buaya tembaga yang ditemui oleh orang awam dekat tebing Tasik Seksyen 7, di sini, semalam untuk ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain.
Read more »



Render Time: 2025-02-21 13:52:59