Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam itu berkata bukan beliau yang patut menjawab isu tersebut. FMTNews
SERDANG: Mujahid Yusof Rawa enggan mengulas lanjut berhubung khutbah Jumaat yang menyerang puak Syiah di masjid Selangor hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam itu berkata perkara itu perlu ditanya kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor .
“Bukan saya, itu perlu tanya pada Jais,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu ketika ditemui di Majlis Perasmian Halfest Jakim 2019 edisi ke-8.Semalam, pengkritik membidas tindakan terbaru pihak berkuasa yang menyasarkan minoriti agama menerusi ucapan kebencian selepas masjid di Selangor diarahkan menyampaikan khutbah yang menyerang puak Syiah untuk jemaah Jumaat hari ini. Khutbah itu yang disediakan Jais menjelang peristiwa penting Syiah pada minggu depan, menyifatkan kepercayaan dan amalan Syiah sebagai sesat, jelek, karut dan meloyakan. Dr Ahmad Farouk Musa yang mengetuai kumpulan pembaharuan Islam, Islamic Renaissance Front berkata khutbah itu sama dengan ucapan kebencian terhadap minoriti agama. Salinan khutbah Jumaat yang dilihat FMT antara lain menggesa umat Islam menjadi “mata dan telinga” pihak berkuasa serta melaporkan sesiapa saja yang mengikuti amalan Syiah. Khutbah itu disediakan menjelang 10 Muharram pada minggu depan, hari memperingati peristiwa pembunuhan Sayyidina Hussain, cucu Nabi Muhammad yang juga merupakan tokoh penting dalam kalangan pengikut Syiah. Fatwa sudah dikeluarkan di kebanyakan negeri yang mengisytiharkan Syiah sebagai sesat, manakala masjid di Selangor sudah bertahun menyelitkan doa mengutuk ajaran itu ketika khutbah Jumaat.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bicara kes bunuh CEO Cradle Fund dijangka panggil 60 saksiPerbicaraan kes ditetapkan bermula Jumaat ini. FMTNews
Read more »
Saifuddin ke KDN? Itu tanya PM - MuhyiddinPUTRAJAYA 4 Sept. - 'Anda perlu tanya Perdana Menteri.'
Read more »
Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan Jawi, kata Mujahid | The Malaysian InsightIa sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Read more »
Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan jawi, kata MujahidTulisan jawi adalah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu menggunakannya sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat. FMTNews
Read more »
Pengkritik bidas ucapan kebencian Selangor menjelang khutbah Jumaat anti-SyiahKhutbah itu antara lain menggesa umat Islam menjadi mata dan telinga pihak berkuasa menjelang peristiwa penting Syiah pada minggu depan. FMTNews
Read more »




