Kerajaan mengumumkan tawaran untuk membeli tanah di Kampung Baru dengan nilai mungkin mencecah RM6 juta satu lot. FMTNews
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid dalam ‘sesi townhall’ bersama-sama lebih 3,000 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhubung tawaran kerajaan untuk membeli tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Najib mempersoalkan nilai tawaran itu dengan harga tanah di Menara Berkembar Kuala Lumpur yang mencecah RM3,000 satu kaki persegi, berbanding harga paling tinggi yang ditawarkan oleh kerajaan. “Bukan luar biasa jika ada kala harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta boleh jauh di bawah harga pasaran. “Jangan diperdaya oleh menteri Harapan Coin jika dia masih pegang tetap kepada penilaian JPPH kerana akhirnya, kroni-kroni PH yang akan untung besar atas tanah rakyat,” katanya di laman Facebooknya merujuk kepada Khalid. Kerajaan hari ini mengumumkan tawaran untuk membeli tanah di Kampung Baru, yang merupakan kawasan hartanah utama orang Melayu di ibu negara, dengan nilainya mungkin mencecah sehingga RM6 juta satu lot. Perkara itu diumumkan oleh Khalid dalam “sesi townhall” bersama-sama lebih 3,000 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru di sini, pagi ini.Kerajaan menawarkan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan tawar RM850 sekaki persegi untuk beli tanah Kampong Bharu | The Malaysian InsightIa adalah kadar tertinggi yang boleh ditawarkan berdasarkan penilaian kerajaan, kata Khalid Samad.\n\u00a0
Read more »
Tanah Kg Baru: Kerajaan tawar RM850 satu kaki persegiMenteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata tawaran tersebut merupakan kadar tertinggi dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja. FMTNews
Read more »
Empat tawaran untuk pemilik, pewaris tanah Kampung BaruKualaLumpur Khalid berkata, pihaknya melalui Pembangunan Kampung Baru optimis dalam melaksanakan pembangunan semula di situ.
Read more »
Govt offers to buy Kg Baru land at RM850 per square footKUALA LUMPUR: The government today offered to buy land in Kampung Baru here at a rate of RM850 per square foot, as compensation to land owners and hei...
Read more »
Kg Baru development will not marginalise Malays, assures PM | The Malaysian InsightWhile Kuala Lumpur has grown to become a metropolis, time has stood still in the Malay enclave, says Dr Mahathir.
Read more »
PM: Kg Baru redevelopment will be in best interests of MalaysDr Mahathir Mohamad dismisses as baseless allegations that such a move will drive aways its inhabitants
Read more »




