WM Remaja perempuan hari ini dilihat kurang berminat dengan gaya bersanggul kerana dianggap ketinggalan zaman, nampak kekampungan dan hanya sesuai digayakan dengan busana tradisi.
Jika ada sekali pun, mereka lebih senang bersanggul ikat sebagaimana popular digayakan kebanyakan selebriti Korea dalam filem lakonan mereka.
Tidak perlu bersanggul tinggi bak raja sehari, memadai dengan simpulan ringkas atau kombinasi ikat, tocang mahu pun simpul gaya harian.Sesekali tampil berbeza, pasti ia mampu mengubah ‘mood’ di tempat kerja mahu pun menceriakan hari anda ketika bersantai dengan rakan serta orang tersayang. Boleh digayakan sendiri, El Manda berkata, dandanan jenis sanggul ini sesuai untuk wanita yang menggayakan busana tradisi, moden, santai mahupun kasual.
GULUNGKAN rambut dari hujung hingga ke pangkal dan pin kemas. Ulang langkah sama untuk bahagian kanan rambut.