JPV aktif mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan tidak kira pemain industri ternakan atau penternak kecil.
PETALING JAYA: Sebarang penambahbaikan ke atas struktur operasi dan fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.“Jabatan Perkhidmatan Veterinar aktif mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan tidak kira pemain industri ternakan atau penternak kecil.
“Sesi libat urus ini bagi memastikan kesemua pihak sentiasa cakna dengan keperluan dan perkembangan semasa dalam sektor ternakan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini,” katanya. Dalam pada itu, jabatan itu sentiasa melaksanakan pelbagai penyelidikan dalam membangunkan teknologi dan kaedah terkini dalam bidang kesihatan haiwan, zoonosis , kesihatan awam veterinar dan sistem pengeluaran makanan.
Katanya, tugasan itu didukung oleh pegawai penyelidik daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti Ijazah Sains Haiwan, Pertanian , Genetik, Molekular, Alam Sekitar, Biokimia, Mikrobiologi, Parasitologi, Agronomi, Teknologi Maklumat dan Perangkaan. “Jabatan turut komited memberi bantuan dari segi khidmat nasihat serta melalui skim-skim tertentu kepada para penternak di seluruh negara bagi memastikan keberhasilan serta kejayaan pengeluaran ternakan dalam negara,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki 28 tahun jual dadah melalui WeChat ditahan polis'Modus operandi digunakan suspek adalah dengan mengiklankan bahan terlarang tersebut menggunakan aplikasi WeChat sebelum menghantar dadah yang disimpan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga kepada pelanggan di sekitar bandar raya ini.
Read more »
Rancangan bina lapangan terbang di Perak tertakluk kajianKementerian Pengangkutan sedang melakukan kajian berhubung keperluan pembinaan lapangan terbang baharu itu, sama ada ia benar-benar diperlukan dan memberi impak yang baik.
Read more »
Projek runding terus kekal jika dapat surat setuju terima, kata Loke | The Malaysian InsightKerajaan memberi jaminan projek penting dan kritikal yang memerlukan tindakan segera tidak akan dibatalkan.
Read more »
NGO bergegas hantar bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu, Kelantan | The Malaysian InsightMereka berkata walaupun kerajaan memberi bantuan, pengalaman lalu menunjukkan ia masih tidak mencukupi.
Read more »