KEBANYAKAN nilai-nilai hak asasi yang diperjuangkan Barat tidak secocok dengan nilai-nilai hak asasi yang terdapat di negara-negara Timur.
SEJAK berlakunya gerakan Renaissance dan Enlightenment di Barat, masyarakatnya mula menolak agama dan hanya menganggapnya sebagai persoalan atau urusan peribadi. Agama dianggap mereka tidak ada kena mengena dengan sistem kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Falsafah dan doktrin kehidupan mereka berubah dari kehidupan beragama kepada kehidupan yang hanya berpusat kepada dunia semata-mata dan akal manusia adalah penentu segala-galanya.
Oleh kerana Barat menganggap tamadun Greek Yunani sebagai landasan dan akar tamadunnya, maka idea mengenai hak asasi versi Barat ini juga dikatakan berasal daripada tamadun Greek. Tokoh-tokoh falsafah Greek seperti Aristotle dan Plato adalah dianggap pelopor kepada hak-hak kebebasan, kesamarataan dan hak untuk mendapat keadilan.
Deklarasi bersejarah itu dianggap sebagai pernyataan kemerdekaan AS dan menjadi landasan kepada negara Uncle Sam itu untuk melestarikan demokrasi dan hak asasi manusia. Usaha menegakkan doktrin hak asasi ini menjadi lebih kukuh lagi apabila pada 1918, Presiden AS, Woodrow Wilson dalam ucapannya menegaskan bahawa penegakan demokrasi dan hak asasi manusia menjadi agenda penting buat AS yang mesti disebarkan ke seluruh pelusuk dunia.
Demikian juga dukungan dan perlindungannya terhadap negara haram Zionis Israel membuktikan AS dan sekutunya tidak mempedulikan sama sekali prinsip-prinsip hak asasi yang mereka perjuangkan itu. Dunia tidak akan lupa bahawa dalam kes pencerobohan Serbia ke atas Bosnia, AS hanya bersuara ketika hampir seluruh umat Islam Bosnia dimusnahkan oleh tentera Serbia dalam misi ethnic cleansing mereka.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Gadis Talam’ martabat kuih tradisi sempena RamadanKuih tradisi Melayu antara juadah utama berbuka puasa sama ada dijual di bazar ataupun dibuat sendiri sebagai menu untuk memeriahkan Ramadan.
Read more »
Cik Mah’s kuih talam sells out in under an hourCik Mah has been delighting traditional kuih enthusiasts for over 40 years, making her stall a must-visit every Ramadan.
Read more »
‘Kuih talam’ legend: Cik Mah’s handmade treats draw multiracial crowds in IpohIPOH, March 9 — An assortment of kuih talam by 71-year-old Rahmah Hashim, fondly known as Cik Mah, has been selling out in under an hour daily, since the Ramadan bazaar in...
Read more »
Panduan SPM Matematik 2024/2025Untuk dapatkan pemahaman yang jitu dalam matematik kebanyakan pelajar harus faham asas matematik contohnya seperti algebra
Read more »
Cuaca panas, kering dijangka berlaku sekitar Mei hingga September iniPETALING JAYA: Cuaca panas dan kering diramal berlaku di kebanyakan tempat terutama di utara Semenanjung.
Read more »
Pesta Angin Timur dalam ‘keleboq’Pesta Angin Timur dalam ‘keleboq’
Read more »