Beyond the Breaking News

Tak tutuplah, pindah tempat baru

United States News News

Tak tutuplah, pindah tempat baru
United States Latest News,United States Headlines

kualalumpur Kementerian Kesihatan menjelaskan perkhidmatan bersalin di Hospital Bersalin Kuala Lumpur tidak ditutup tetapi dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bermula hari ini.

Semalam, tular di media sosial apabila ada pengguna Facebook menyatakan hospital berkenaan yang banyak memberi kenangan manis kepada warga kota itu ditutup dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mengimbau nostalgia mereka.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Hospital Bersalin Kuala Lumpur itu akan dibaiki untuk kesinambungan operasinya kelak. “Penggunaan istilah ditutup tidak tepat kerana ia membayangkan tidak akan berkhidmat lagi. Kita baru melakukan kerja pemindahan semalam sebagai persediaannya. “Sementara itu, kita gunakan dahulu perkhidmatan yang ada,” jelasnya ringkas menerusi Whatsapp kepada Harian Metro ketika diminta mengulas isu berkenaan, hari ini. Sementara itu, Hospital Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan sudah memaklumkan perpindahan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur ke WCH. “Dimaklumkan, semua perkhidmatan berkaitan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Peaditrik di Hospital Kanak-Kanak Kuala Lumpur mula beroperasi hari ini ,” menurut kenyataan itu. Dalam satu status yang dimuat naik pengguna Facebook menyatakan, semalam adalah hari terakhir di Hospital Bersalin Kuala Lumpur beroperasi dan ia juga menamatkan perkhidmatan kepada seluruh warga Kuala Lumpur dan Malaysia selepas beroperasi selama 56 tahun. Status itu turut menyatakan terima kasih kepada kakitangan hospital berkenan yang banyak berjasa kepada orang ramai dan di akhir kenyataan mengucapkan selamat datang ke WCH.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 5:29 PM

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Police arrest man for allegedly attempting to abduct toddlerPolice arrest man for allegedly attempting to abduct toddlerJOHOR BARU (Bernama): Police have arrested a 35-year-old man for allegedly attempting to abduct a three-year-old girl at the Johor Baru City Square on Sept 9.
Read more »

Jerebu jejas rezeki peniaga Tamu Ahad Sabindo | The Malaysian InsightJerebu jejas rezeki peniaga Tamu Ahad Sabindo | The Malaysian InsightTamu Ahad Sabindo yang terletak di Tawau terkenal sebagai tempat tumpuan pengunjung setiap hari Ahad.
Read more »

Want to ‘borrow’ a ‘human book’? Check out Taman Tugu’s Human Library in Kuala Lumpur | Malay MailWant to ‘borrow’ a ‘human book’? Check out Taman Tugu’s Human Library in Kuala Lumpur | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 16 — Fancy “borrowing” a human being to listen to his/her life story, and even better ask questions? Now you can have access to “human books” at the Taman Tugu Human Library (TTHL) which is a programme that takes place on the first Sunday of every month. The Human...
Read more »

Dua lelaki terlibat jenayah samun ditahanDua lelaki terlibat jenayah samun ditahanKUALA LUMPUR 16 Sept. - Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dengan cubaan samun sebuah rumah di Taman Sri Gombak yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Read more »



Render Time: 2026-06-10 15:58:01