CUURA Space turut menawarkan perkhidmatan pengambilan percuma bagi perabot lama sebaik menghantar pembelian baru.
CUURA Space, pengedar perabot dalam talian terkemuka Malaysia yang wujud bertujuan menjadikan peningkatan perabot lebih mudah dan lestari buat para pelanggan telah mengumumkan kerjasama bersama Barnything iaitu platform dalam talian untuk menukar barangan atau menjual barangan terpakai.
“Sementara kami berusaha untuk menjadi syarikat perabot yang mesra-alam, kerjasama baru dengan Barnything ini menggabungkan kemudahan, kelestarian, dan prinsip ekonomi bulat dalam satu inisiatif bersama dan ianya merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan kami,” ujar Benny Lim selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUURA Space.
Apabila proses pembelian selesai, CUURA Space akan menguruskan penghantaran perabot baru dan pengambilan perabot lama secara percuma. Dengan tiga proses ini sahaja, ia menjadikan pembelian dan pembuangan perabot anda jauh lebih mudah. Ia merupakan sesuatu yang sangat berguna bagi perabot bersaiz besar seperti rangka katil, sofa, almari, dan sebagainya. Servis ini juga hadir pada masa yang tepat di mana masyarakat yang mulai bimbang tentang ruang pelupusan terhad, serta kos pelupusan meningkat untuk pengurusan sisa.