padawan Seorang janda dan remaja lelaki seakan tidak serik apabila ditangkap buat kali kedua menerusi dua serbuan berasingan dalam Ops Dadu selepas dikesan menjalankan kegiatan judi dalam talian
Kedua-dua suspek ditahan menerusi dua serbuan berasingan dalam Ops Dadu yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan terhadap janda berusia 20 tahun itu dibuat sekitar jam 5.30 petang di premis Twin 95 Cafe, SL 90 Jalan Matang.Beliau berkata, seunit telefon bimbit dan wang tunai RM143 turut dirampas dari suspek, yang mempunyai satu rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 4, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Manakala, Aidil berkata, tangkapan ke atas remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit dibuat sekitar jam 5.50 petang di pemis 98 cafe, Taman Lee Ling, Matang. "Pasukan serbuan turut merampas seunit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM117 daripada suspek," katanya. Beliau menambah suspek yang mengaku bekerja sebagai penjual judi atas talian juga mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 4A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tak perlu lagi mohon permit MyPassKualaLumpur Rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke negara ini tidak perlu lagi memohon permit MyPass daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Read more »
Ibu tak layan, anak jadi gantiSurabaya Seorang lelaki di Indonesia tergamak mencabul anak tirinya dengan memberi alasan kononnya tidak menerima layanan batin daripada isterinya.
Read more »
Gaji Ozil tak ada hal : ArtetaPENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pemain yang tidak gembira, Mesut Ozil tidak akan menjadi pilihan hanya kerana mempunyai gaji yang besar.
Read more »
'Sempat rayu suami tak ke laut'Bachok 'Saya merayu kepada suami sejak beberapa hari lalu supaya tidak ke laut kerana bimbang keadaan cuaca yang tidak menentu.
Read more »
Jiran tak suka budak menyanyi punca taska pindahADUAN jiran yang tidak suka dengan suara kanak-kanak menyanyi antara punca beberapa Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) di Sarawak terpaksa berpindah ke tempat lain.
Read more »
'Kami tak mampu bayar RM500'duriantunggal TINDAKAN pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal, Melaka untuk membuat rayuan pengurangan kompaun mendapat perhatian pemimpin masyarakat.
Read more »