Beyond the Breaking News

Tak semua penjawat awam layak dapat pencen, kata ahli akademik

Malaysia News News

Tak semua penjawat awam layak dapat pencen, kata ahli akademik
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Ia selepas kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baru dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen. FMTNews

Kerajaan menanggung kira-kira RM28 bilion setahun bagi pembayaran pencen untuk 1.7 juta penjawat awam. PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji secara terperinci data mengenai pencen sebelum memulakan sebarang langkah menggantikan skim pencen kepada skim kontrak sebagai cara mengatasi beban bayaran persaraan yang begitu besar untuk 1.

7 juta penjawat awam, kata ahli akademik. “Kita benar-benar perlu membuat kira-kira dan melihat berapa banyak pencen yang dibayar dan kepada siapa,” kata Abu Sofian Yaacob, pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Putra Malaysia. Langkah yang diumumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Borhan Dolah tidak dipersetujui kedua-dua belah parti politik. Kerajaan kini membelanjakan kira-kira RM28 bilion setahun untuk pencen dan angka itu dijangka meningkat. Abu Sofian berkata terdapat perbezaan dalam cara pembayaran pencen pada masa ini, di mana menteri dan wakil rakyat yang berkhidmat untuk tempoh yang lebih singkat berbanding penjawat awam menikmati pencen.Abu Sofian berkata pencen amat penting bagi mereka yang bersara sebagai penjawat awam berpangkat rendah. Beliau mencadangkan apabila penjawat awam mencapai tahap tertinggi, dia boleh diberi kontrak berdasarkan prestasi dengan gaji pokok yang lebih tinggi. “Jadi apabila anda mencapai tahap tertentu, anda diberi kontrak selama 2 tahun, dan jika prestasi anda tidak bagus, kontrak anda boleh ditamatkan.” Beliau berkata kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi cuti “golden handshake” kepada penjawat awam kanan yang bersara daripada membayar mereka setiap bulan. Namun pakar ekonomi Ramon Navaratnam menyokong cadangan kerajaan. Beliau berkata konsep pencen adalah berdasarkan jawatan tetap dalam pekerjaan, satu konsep British untuk memastikan kebebasan kakitangan. Beliau berkata ini membawa kepada situasi di mana penjawat awam tidak dapat diberhentikan dengan mudah berdasarkan prestasi mereka. “Ini membawa kepada penjawat awam hanya muncul untuk bekerja, melakukan kerja secukupnya sahaja dan mengelak daripada berdepan masalah undang-undang, kerana ini satu-satunya cara untuk dipecat.” Ramon yang juga bekas setiausaha sulit kementerian pengangkutan, berkata ini adalah antara sebab rasuah berlaku di agensi kerajaan, di mana urusan berlaku dan memastikan perkara dilakukan dengan bayaran.“Dunia menjadi begitu kompetitif dan ekonomi tidak seperti sebelum ini. Kakitangan, sama ada di sektor awam atau swasta, tidak boleh melakukan kerja secukupnya sahaja dan mesti produktif,” katanya.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tak perlu persoal Zakir hadir program di Melaka, kata exco | The Malaysian InsightTak perlu persoal Zakir hadir program di Melaka, kata exco | The Malaysian InsightMohd Rafiq Naizamohideen berkata tidak harus dipolitikkan kerana program malam ini bersifat ibadah dan bukan anjuran kerajaan negeri.
Read more »

Tular itu tak benar - JPNTular itu tak benar - JPNJABATAN Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai menghentikan penyebaran gambar mengenai dakwaan wanita warga China memiliki kad pengenalan Malaysia (MyKad) yang tular di media sosial.
Read more »

Rusuhan bersenjata: Farhash masih tak munculRusuhan bersenjata: Farhash masih tak munculKUALA LUMPUR 7 Sept. - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menjadi suspek utama melibatkan kejadian rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai di sini pada minggu lalu masih gagal dikesan.
Read more »

'Tak benar produk Muslim tak dibeli bukan Islam' [METROTV]'Tak benar produk Muslim tak dibeli bukan Islam' [METROTV]KEMPEN membeli produk Muslim menjadi tular di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Ia menimbulkan reaksi pelbagai pihak sehingga ada yang melatah dan mengaitkannya sebagai isu perkauman.
Read more »

Ganti skim pencen dengan kontrak tak libat penjawat sedia adaGanti skim pencen dengan kontrak tak libat penjawat sedia adaIa hanya melibatkan lantikan baru bermula tahun depan, kata KSN. FMTNews
Read more »

Udara paling tak sihatUdara paling tak sihatTIGA lokasi di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu rekod tertinggi IPU, semalam berbanding 65 Stesen Pengawasan Udara Automatik lain seluruh negara.
Read more »



Render Time: 2026-08-12 15:34:43