bau Ayam pegar perak dan merak hijau antara 50 burung pelbagai spesis yang diselamatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Krokong, Bau, Sarawak di sini, semalam.
Turut diselamatkan dalam serbuan bersama Sarawak Forestry Corporation itu ialah dua itik, 11 ayam dan 16 kura-kura yang dipercayai untuk dijual oleh satu sindiket.
Kesemua haiwan itu adalah spesis yang dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998. Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, semua haiwan berkenaan ditemui dalam Ops Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan pada jam 4.45 petang, semalam.“Semua haiwan yang dirampas diserah kepada SFC untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak di sini, hari ini.
Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM92,000 dan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 29 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM25,000 atau penjara tidak kurang dua tahun.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia tak import haiwan, produk dari pusat wabak H5N1 di China | The Malaysian InsightMalaysia hanya mengimport keratan ayam dari loji pemprosesan ayam di Liaocheng, Shangdong, yang terletak kira-kira 1,313 km dari tempat kejadian.
Read more »
Tak boleh jumpa hingga tempoh kuarantin selesaiputrajaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, larangan itu turut terpakai kepada 12 kru penerbangan AirAsia dan lapan pegawai kerajaan menyertai misi hari ini.
Read more »
3 cara berkesan periksa tahap ‘originaliti’ telefon pintar tak tahuTelefon pintar yang hendak dibeli berharga beribu ringgit membuatkan sesiapa sahaja mahu mengenal pasti sama ada ia original atau palsu. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Sidang KL terbukti tak pecahkan ummah, kata Imran KhanPerdana menteri Pakistan berhasrat untuk menyertai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur sekiranya ia diadakan sekali lagi. FMTNews Pakistan ImranKhan
Read more »
Tak sempat sambut hari jadiportdickson إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Anggota tentera tidak sempat menyambut hari jadi minggu depan apabila maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori diparkir untuk kerja landskap di Jalan Bandar Springhill, semalam.
Read more »