Di samping peringatan perkataan itu kini terlarang dalam kamus edisi terbaharu, DBP berkata ia menjelaskan sejarah di sebalik 'keling'. FMTNews DBP Keling
PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan memohon maaf kepada masyarakat India berhubung takrif “keling” dalam kamusnya, kerana ia tidak membawa sebarang maksud menghina.
Abang Salehuddin berkata setiap kata ada nilai sejarah, sosial, dan budaya; dan kamus merakam sejarah itu walaupun nilai sosial dan budaya berubah. “Ubahlah kata ‘keling’ itu kepada kata ‘India’. Untuk apa kita menggunakan kata yang menyakitkan hati orang lain. “Dahulu kata ini tidak membawa sebarang maksud negatif, tetapi sekarang, dalam masyarakat kita, nilai itu telah berubah. Apabila nilai itu berubah, DBP memberikan perhatian terhadap isu ini,” tambahnya.