Tak payah tunggu hari raya, setiap hari saya terkenang akan dia - Fauziah Nawi

Malaysia News News

Tak payah tunggu hari raya, setiap hari saya terkenang akan dia - Fauziah Nawi
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 79 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 35%
  • Publisher: 51%

“Suka mengusik dia itu. Menceriakan. Gamatkan suasana. Dia sepupu paling tua. Amat menyayangi sepupu-sepupu dia. Dah tiga tahun dia tak ada. Hari raya sunyi jadinya. Semua rindukan dia...'

“Setiap kali menjelang hari raya, dia datang. Pasang lampu dan bersihkan rumah. Sudah nak masuk tiga tahun dia tak ada,” dalam sayu, pelakon veteran, Fauziah Nawi mengenang anaknya, Allahyarham Mohd. Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif yang dijemput Ilahi Oktober 2019.

“Kalau datang rumah saya lewat malam pun dia bersihkan. Dia sapu. Pantang betul dia tengok rumah kotor. Begitu juga setiap kali ziarah kubur arwah nenek, datuk, ayah dan mertuanya. Dia bersihkan. Itu rutin arwah menjelang hari raya. Katanya, arwah, bersama isteri, Farah Ahmad dan anak-anak antara yang paling bersemangat menjamu juadah yang disediakan pagi syawal.

“Yang paling saya rindukan, setiap kali dia balik, kalau tengok saya tidur, dia akan selimutkan. Macam saya katakan, dia pembersih dan tolong kemas rumah saya. Sebiji macam arwah bapanya.“Saya reda. Ini semua kuasa Allah. Saya tak tahu nak katakan macam mana lagi. Kekuatan dia yang bagi. Tapi… pedih. Macam mana saya menahan? Tak tahu nak cakap,” ujarnya.Bercerita soal lebaran, Fauziah berkata, tiada sambutan dan kemeriahan untuk dirinya. Hanya meraikan bersama ahli keluarga terdekat.

Terlintas dalam memori penulis berkenaan sebuah rakaman video hari raya yang menunjukkan telatah Farah dan Allahyarham Pitt bersama anak-anak dalam perjalanan menuju ke rumah ibu Fauziah di Taman Melati. “Bila buat baju Melayu, saya akan cari material kain yang selesa untuk arwah, yang membuatkan dia pakai dari pagi sampai ke petang. Baju Melayu dia tak ada yang cekak musang, semua teluk belanga. Saiz pula yang besar-besar. Jadi, dahulu kalau orang tanya saya pasal baju raya, saya akan jawab ‘kita settle Pitt dulu’,” ceritanya lagi.Bukan mudah wanita ini untuk terima kenyataan, Pitt sudah tiada. Namun seboleh-bolehnya dia mahu menjadi kuat, demi anak-anak yang masih membesar.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ayam raya tak cukup, kalau ada bersaiz kecilAyam raya tak cukup, kalau ada bersaiz kecilBiasanya saiz ayam yang dibekalkan kepada mereka mencecah berat lebih kurang 1.7 kilogram sehingga 1.9 kg seekor.
Read more »

Isu dokumen bocor tak jejas hubungan dengan Umno, kata Hadi | The Malaysian InsightIsu dokumen bocor tak jejas hubungan dengan Umno, kata Hadi | The Malaysian InsightKandungan dokumen itu timbulkan kemarahan Ahmad Zahid Hamidi yang buat laporan polis bagi menyiasat dakwaan terlibat.
Read more »

'Jawatan itu prerogatif Presiden, tak perlu beri laluan''Jawatan itu prerogatif Presiden, tak perlu beri laluan'“Jawatan Setiausaha Agung PKR adalah prerogatif Presiden bukan Rafizi. Jadi, tidak benar Rafizi beri laluan.'
Read more »

Ulsan tak rela ulangi kesilapanUlsan tak rela ulangi kesilapanJuara dua kali itu akan memastikan dua penyerang import Harimau Selatan, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri dirantai habis-habisan.
Read more »

IPT tak dibenar naikkan yuran, kata KPT | The Malaysian InsightIPT tak dibenar naikkan yuran, kata KPT | The Malaysian InsightKPT yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik Covid-19.
Read more »

Puad tak perlu bangkit kenyataan guris perasaan, kata penganalisis | The Malaysian InsightPuad tak perlu bangkit kenyataan guris perasaan, kata penganalisis | The Malaysian InsightIsu antara Hasni Mohamad dengan speaker baharu DUN Johor hanyalah hal anak-beranak tapi teguran bekas menteri besar itu dilihat positif.
Read more »



Render Time: 2025-03-13 12:24:08