Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1.7 juta atau 26 peratus adalah ahli berusia 40 tahun dan ke atas iaitu golongan yang bakal mencapai umur pengeluaran penuh simpanan KWSP dalam masa 15 tahun dan kurang.
“Bagi kumpulan ini, simpanan KWSP mereka hanya boleh memberikan pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun,” katanya dalam jawapan bukan lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari .
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, setakat 31 Disember 2022, hanya 19 peratus daripada ahli KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur bagi membolehkan mempunyai simpanan RM240,000 pada usia 55 tahun. “Jika dilihat pencapaian bagi ahli aktif formal pula, 30 peratus daripada ahli aktif formal yang mencarum telah mencapai tahap simpanan asas mengikut umur. Melihat kepada perspektif ahli yang bakal mencapai umur pengeluaran penuh KWSP dalam tempoh setahun iaitu ahli yang berumur 54 tahun, seramai 155,000 atau 56 peratus daripada 275,000 ahli dalam kumpulan umur ini mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 atau kurang.
Menurut Anwar, tahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah pelaksanaan empat pengeluaran berkaitan Covid-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
It’s Yap & Yap – Roy King has no mixed feelings about new partner for SEA GamesIt's Yap & Yap - Roy King has no mixed feelings about new partner for SEA Games
Read more »
Skim pelaburan ahli, KWSP umum senarai unit amanah dikemas kiniBuat pertama kali tahun ini, KWSP telah memasukkan dana unit amanah berasaskan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) ke dalam senarai
Read more »
Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP bukan cagaran kepada bank, kata Ahmad Maslan | The Malaysian InsightKatanya, pihak bank tidak boleh menggunakan simpanan peminjam KWSP sekiranya ahli atau peminjam gagal membayar ansuran pinjaman.
Read more »
Saran rakyat berniaga daripada keluarkan KWSP - Ahmad Maslan“Mungkin lepas kali kelima, minta lagi kali keenam dan ketujuh. Kalau (kerajaan) nak popular, luluskan sahaja. Tetapi kita ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab maka kerajaan tidak menerima usul yang dibentangkan,” katanya.
Read more »
Allow employees to work till 65 to ease financial strain, says associationPETALING JAYA: Workers should be allowed to work up to the age of 65 should they choose to do so, says the Malaysian Association of Social Protection Contributors' Advisory Services (SPCAAM).
Read more »