Ahli Parlimen Muar itu dakwa Hamzah Zainudin berkata demikian semasa cuba menariknya daripada PPBM. FMTNews SyedSaddiq
Syed Saddiq bersama Ketua Penerangan Pemuda PPBM, Ulya Aqamah dan Bendahari Pemuda, Rafiq Hakim pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Syed Saddiq mendakwa Hamzah, ketika itu menteri perdagangan dalam negeri, koperasi, dan kepenggunaan dalam pentadbiran Najib Razak, berkata demikian dalam pertemuan untuk menarik beliau keluar daripada PPBM.“Saya ingat lagi sebelum pilihan raya umum, salah seorang menteri jumpa dengan saya, cuba untuk tarik saya dari PPBM, tidak lain tidak bukan adalah orang sama yang ketuai PPBM sekarang ini untuk membuang Dr Mahathir Mohamad.
“Malangnya orang yang sama ini diberi kuasa untuk menentukan hala tuju PPBM. Individu ini tidak lain tidak bukan adalah Hamzah Zainudin,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.Syed Saddiq berkata banyak perkara boleh beliau kongsikan dengan media namun buat masa ini beliau hanya hendak ingatkan Muhyiddin “siapa rakan kamu ketika kamu dalam keadaan susah dan senang”.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hamzah once labelled Muhyiddin as 'power hungry', claims Syed SaddiqThe former youth and sports minister says Muhyiddin Yassin needs to know who his friends and foes are. FMTNews PPBM SyedSaddiq
Read more »
Muar PPBM stands by Syed Saddiq after his sackingCommittee members say Syed Saddiq, the division chief, was not given a chance to defend himself before the party's disciplinary board. FMTNews PPBM
Read more »
PPBM Muar sebulat suara tolak ‘pemecatan’ Syed SaddiqTurut lucut keahlian ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik. FMTNews PPBM
Read more »
Mana boleh bertanding, mereka bukan ahli parti - Hamzahpetalingjaya 'Bagaimana mereka hendak bertanding kalau mereka bukan ahli,' kata Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Read more »
Keluar Pakatan idea Dr Mahathir, kata Hamzah Zainuddin | The Malaysian InsightDalam usaha besar untuk mengendurkan keyakinan rakyat terhadap DAP dan pada masa sama, mengukuhkan kepimpinan Melayu.
Read more »
My sec-gen post is valid, says Hamzah | The Malaysian InsightStatements issued by Marzuki Yahya are invalid and an abuse of position, he says.
Read more »