Insiden dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat.
Syabas berkata, hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah yang banyak di muka sauk loji rawatan Sg Langat menyebabkan alat penapisan mekanikal tersumbat.
KUALA LUMPUR: Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sg Langat terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk menyebabkan alat penapisan mekanikal tersumbat dan “trip”. Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd yang merupakan anggota kumpulan Air Selangor, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sampah di muka sauk sedang giat dijalankan.
“Insiden ini dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat,” kata Syabas menerusi kenyataan yang dikeluarkan Abdul Raof Ahmad, ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, malam tadi. “Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas,” katanya sambil menambah maklumat serta senarai kawasan terjejas akan dimaklumkan.untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Water cuts to hit Klang Valley | Malay MailKUALA LUMPUR, June 7 — The water supply in Hulu Langat, Kuala Lumpur and Petaling will be interrupted in stages after garbage clogged up the Sungai Langat Water Treatment Plant during heavy rain. Syabas said the production of treated water in the plant was affected following heavy rain at...
Read more »
Water disruption in parts of Hulu Langat, KL and Petaling districtHeavy rain around Sg Langat treatment plant brought on tonnes of rubbish that tripped the filtration equipment.
Read more »
Water disruption in parts of Hulu Langat, KL and Petaling districtHeavy rain around Sg Langat treatment plant brought on tonnes of rubbish that tripped the filtration equipment.
Read more »
Bekalan air di Klang pulih sepenuhnyaklang Bekalan air di semua kawasan di Klang yang menjejaskan pengguna sejak kelmarin, pulih sepenuhnya, hari ini.
Read more »
Maut terhumban dalam sungaikangar إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ LELAKI maut selepas terhumban ke dalam sungai sejurus motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Tok Mengkula, Kuala Sanglang, Kedah, malam tadi.
Read more »
Rakyat Malaysia sambut Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Jakarta | The Malaysian InsightLebih 500 warga Malaysia berkumpul di kedutaan bagi merayakan Aidilfitri bersama bakal Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar dan isteri Sakhiah Mohd Soom.
Read more »