Beyond the Breaking News

Suspek ketiga kes tembak di Miri ditahan

United States News News

Suspek ketiga kes tembak di Miri ditahan
United States Latest News,United States Headlines

Dalam kejadian tembak-menembak dengan polis itu, seorang anggota polis dari Unit Peronda Kereta (MPV) Miri cedera pada lengan kirinya. utusanonline

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan bersama seorang wanita tempatan berusia 22 tahun sekaligus berjaya menyelesaikan kes samun berkumpulan bersenjata api yang berlaku pada 16 Mei lepas.

“Dengan tangkapan ini, bermakna ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjata api serta menembak anggota polis telah ditangkap kesemuanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Untuk rekod, dua suspek lelaki tempatan berusia 50 tahun dan 35 tahun telah ditahan pada hari kejadian di Taman Jelita di sini dengan salah seorangnya cedera kedua-dua belah kaki dan kini ditahan reman semerntara menunggu hari perbicaraan. Dalam kejadian tembak-menembak dengan polis itu, seorang anggota polis Kpl William Bell Jol,55 dari Unit Peronda Kereta Miri cedera pada lengan kiri. Sejurus selepas kejadian tersebut dua pistol dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut berjaya ditemui dengan yang pertama dirampas pada hari kejadian manakala pistol yang kedua ditemukan dalam saluran paip tepi parit. Lim berkata, selain penahanan dua individu tersebut polis turut merampas dadah syabu dengan berat anggaran kasar 531.02 gram yang ditemui ketika tangkapan dilakukan. Menurutnya, senjata tajam turut dirampas iaitu sebilah pedang samurai berukuran berukuran 88cm termasuk sarung dan sebilah pisau berukuran 40cm termasuk sarung. Katanya, suspek disiasat dibawah seksyen 6 Akta Bahan Kakisan,Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958, Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.Tag Berkaitan

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pegawai Imigresen ditahan suspek sindiket palsu pasport | The Malaysian InsightPegawai Imigresen ditahan suspek sindiket palsu pasport | The Malaysian InsightThe Malaysian Insight difahamkan pegawai berusia 40 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai perunding syarikat.
Read more »

Suspek tikam rakan ditahanSuspek tikam rakan ditahanLELAKI yang disyaki membunuh rakannya kerana menuntut hutang ditahan polis dalam serbuan di kondominium di Bayan Lepas, hari ini.
Read more »

Jerebu: 3 penerbangan ke Sibu dilencong ke MiriJerebu: 3 penerbangan ke Sibu dilencong ke MiriSIBU 19 Sept. - Tiga pesawat yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sibu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Miri akibat kesukaran untuk mendarat berikutan keadaan cuaca berkabus dan awan rendah.
Read more »

Man arrested at Miri Airport after saying his power bank is a bombMan arrested at Miri Airport after saying his power bank is a bombMIRI: Police have arrested a 28-year-old AirAsia passenger at the Miri Airport after he said he had a bomb at the check-in counter.
Read more »

Man arrested for making false bomb threat at Miri Airport | Malay MailMan arrested for making false bomb threat at Miri Airport | Malay MailMIRI, Sept 19 — The police arrested a man at the Miri airport today after he told check-in counter officials that he was carrying a bomb. The officials had asked the 28-year-old man whether he was carrying any power bank but he replied that he was carrying a bomb, and did so thrice after being...
Read more »



Render Time: 2026-06-16 09:04:22