“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN - Palsu
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya, hari ini.
Terdahulu, tular satu surat yang didakwa kenyataan media Ahmad Zahid bertarikh 23 Novemr mendakwa berlangsung satu mesyuarat tergempar yang dihadiri pemimpin utama parti komponen BN dan pimpinan tertinggi gabungan itu. Menurut surat itu, beberapa keputusan dicapai untuk menentukan gabungan mana yang akan disokong oleh BN, sama ada Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan pada hari ini.“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .
“Oleh demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” tulis kenyataan itu.- UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Presiden UMNO tiada kuasa tetapkan sokongan partiPresiden UMNO tiada kuasa membuat sebarang ketetapan berhubung sokongan ahli Parlimen BN kepada PH kerana ia jelas melanggar ketetapan UMNO dalam Perhimpunan Agung sebelum ini.
Read more »
Mesyuarat Khas MT UMNO malam iniMesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO itu dijadual bermula pukul 8 malam di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Read more »
Melayu tidak boleh harapkan UMNO lagiPRU15 ini adalah dari UMNO kepada PN kerana orang Melayu bencikan Ahmad Zahid beliau masih enggan berundur sebagai Presiden UMNO.
Read more »
Perikatan terima satu lagi surat akuan berkanun sokong Muhyiddin jadi PM | The Malaysian InsightSetiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata surat akuan berkanun itu dihantar ke Istana Negara pagi ini.
Read more »
Najib mahu tutup 1MDB pada 2015, kata Pengerusi The Edge | The Malaysian InsightNajib memaklumkan kepadanya dalam satu pertemuan yang di kediaman Najib, di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2015.
Read more »
Perikatan tidak akan kerjasama dengan Pakatan, kata Muhyiddin | The Malaysian InsightJelasnya semalam pihaknya menyerahkan surat akuan berkanun 115 ahli Parlimen.
Read more »