Sultan Nazrin umum Lat sebagai Seniman Diraja BERITA NASIONAL TERKINI perasmiangalerirumahlat
BATU GAJAH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengumumkan kartunis negara, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat sebagai Seniman Diraja.“Mengiktiraf peranan dan sumbangan besar lagi bermakna Datuk Mohamad Nor Khalid memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa, dengan sukacitanya Beta mengumumkan beliau sebagai Seniman Diraja,” titah bagida.
Titah baginda, lakaran bersahaja melalui garapan pengalaman telah meletakkan karya-karya Lat di kelas tersendiri, melayakkan beliau dianugerahi dengan pelbagai penghargaan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang turut mengharumkan nama negara. Sultan Nazrin bertitah, melalui lakaran-lakaran yang santai dan bersahaja, Lat berjaya mengetengahkan pemerhatian yang tajam mengenai kehidupan masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni.
“Karyanya membawa mesej jelas bahawa rakyat yang pelbagai itu sebenarnya memiliki naluri asas mahu hidup secara aman dan harmoni dalam semangat saling hormat-menghormati, rakyat yang pelbagai itu pada asasnya tidak berprasangka buruk antara satu sama lain hanya kerana berlainan kaum, fahaman agama, amalan budaya dan penguasaan bahasa,” titah baginda.
“Galeri Rumah Lat’ mempamerkan sejarah hidup, liku-liku perjalanan seorang anak seni, merakamkan pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh seorang ‘kampung boy’ yang berhijrah menjadi ‘town boy’ dan kini bertaraf seniman ternama di peringkat antarabangsa tetapi Lat kekal dengan sifat rendah diri seorang anak kampung, laksana padi, semakin berisi semakin tunduk. Semoga Allah mengurniakan Lat sebaik-baik kesihatan dan usia untuk terus berkarya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr Wan Azizah conferred Academy of Medicine Malaysia honorary fellowshipKUALA LUMPUR, July 7 — The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah today conferred the honorary fellowship of the Academy of Medicine Malaysia (AMM) on the Prime Minister’s wife...
Read more »
Lat celebrates, reveals truth of living in multiracial society, says Perak RulerBATU GAJAH: Perak’s Sultan Nazrin Muizzuddin Shah paid tribute to the famous cartoonist Datuk Mohd Nor Khalid, for highlighting multiculturalism in his caricatures.
Read more »
Improve MM2H programme to not burden applicants, Johor Sultan asks PutrajayaJOHOR BARU July 6 — Johor Ruler Sultan Ibrahim Iskandar said today the Malaysia My Second Home (MM2H) programme needs to be improved in terms of its policies, incentives and...
Read more »
Improve MM2H programme, says Johor sultanSultan Ibrahim Sultan Iskandar previously warned that MM2H’s new conditions would scare off investors and affect revenue.
Read more »
Program MM2H perlu ditambah baik, titah sultan Johor | The Malaysian InsightBaginda bertitah, penambahbaikan itu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama.
Read more »
Second home programme needs improvement, says Johor Ruler | The Malaysian InsightSultan Ibrahim says move necessary to attract foreign investment.
Read more »