Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan majlis perasmian Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah di Bandar Meru Raya di Ipoh, hari ini. IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Pertubuhan Keselamatan Sosial di Bandar Meru Raya, di sini.
Berinspirasikan seni sulaman warisan Melayu, Tekat Timbul Benang Emas, Sultan Nazrin turut berkenan menamakan pusat rehabilitasi itu sebagai Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah. Keberangkatan baginda ke pusat berkenaan diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Almarhum Sultan Idris Shah. Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sementara itu, Ramanan dalam sembah ucapannya berkata, pembangunan pusat rehabilitasi itu bermula sejak 2 Mei 2022 membabitkan tanah seluas 15.5 hektar dan siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun. Katanya, reka bentuk pusat itu menggabungkan keindahan elemen Perak menerusi Tekat Timbul Benang Emas dan seni bina futuristik berteknologi tinggi.
“Daripada aspek pengoperasian, pusat ini merangkumi 13 blok utama termasuk kemudahan penginapan yang menawarkan rawatan komprehensif khususnya teknologi neuro-robotik dan perubatan komplementari. “Dengan kapasiti rawatan sehingga 700 pesakit pada satu-satu masa, pusat ini mampu memberi manfaat kepada 3,000 pesakit setahun,” katanya. Menurutnya, sejak pusat rehabilitasi itu mula beroperasi pada Julai 2025, seramai 1,095 pesakit telah menerima rawatan, merangkumi kes-kes utama seperti kemalangan, penyakit khidmat, kecederaan saraf tunjang serta penyakit tidak berjangkit seperti strok.
Katanya, selain menjadi pusat rehabilitasi terbesar di rantau Asia Tenggara, pusat itu juga merupakan fasiliti dengan bilangan unit Cyberdyne Hybrid Assistive Limb terbanyak di dunia.
“Melalui kerjasama strategik antara Perkeso dan Cyberdyne Incorporation, Jepun, sebanyak 65 unit peralatan Cyberdyne meliputi lower limb, single joint, dan lumbar disediakan untuk manfaat pesakit yang menerima rawatan di sini. “Dengan keupayaan teknologi tersebut, pusat ini bakal menjadi hab rujukan global bagi perkhidmatan neuro-robotik dan Pusat Kecemerlangan Rehabilitasi melalui penawaran 151 perkhidmatan komprehensif termasuk perkhidmatan neuro-robotik, rawatan sibernik, neuromodulasi dan program Advanced Return-To-Work ,” katanya. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sultan Pahang Praises Tahfiz Institutions' Academic ExcellenceSultan Al-Sultan Abdullah highlights the achievements of MTNP and MTTNP in SPM 2025, underscoring the importance of integrating religious education with modern skills for future leaders.
Read more »
Pahang Sultan: Tahfiz students can become future AI, medical, and engineering expertsKUANTAN, June 15 — Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah is confident that tahfiz education in the state can produce huffaz (Quran memorisers)...
Read more »
Sultan Nazrin Shah PERKESO Centre Opens as Southeast Asia's Largest Rehabilitation HubMalaysia inaugurates the Sultan Nazrin Shah PERKESO Rehabilitation Centre, featuring advanced robotic therapy and cybernetics research to serve up to 700 patients daily and symbolise a commitment to compassionate, technology‑driven care.
Read more »
Sultan of Perak: Humanity and Compassion Drive Perkeso Neuro-Robotic and Cybernics Rehabilitation CentreThe Sultan of Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, emphasized the importance of humanity and compassion in the newly launched Perkeso Neuro-Robotic and Cybernics Rehabilitation Centre in Meru. He highlighted the need to recognize the worth, talent, dignity, and potential of individuals living with injuries or disabilities, and to reject any perception that regards them as burdens.
Read more »




