PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi ini untuk mengadakan Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden republik tersebut, Xi Jinping.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Lawatan Negara oleh Seri Paduka Baginda amat signifikan dalam catatan sejarah hubungan diplomatik Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun.“Insya-Allah kunjungan ini akan terus mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang pagi ini bersempena lawatan Seri Paduka Baginda ke China. Lawatan Sultan Ibrahim ke China merupakan lawatan pertama selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.
Pada lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda turut dijadual bertemu dengan diaspora Malaysia di China dan berkenaan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Sultan Ibrahim sebagai penghormatan kepada baginda.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sultan Ibrahim lawat China bermula esokSultan Ibrahim lawat China bermula esok
Read more »
TMJ cadang skuad kebangsaan diswastakanPemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan supaya pasukan kebangsaan diswastakan agar lebih sistematik.
Read more »
Agong berkenan lawat China 19-22 SeptemberYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengadakan lawatan negara ke China sebagai satu lembaran baharu persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
Read more »
Sultan Ibrahim berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaranKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pinga...
Read more »
Sultan Ibrahim attends investiture ceremony to present federal awardsKUALA LUMPUR: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today attended the Investiture ceremony at Istana Negara to present the 2024 federal award...
Read more »
Sultan Ibrahim attends Investiture ceremony to present federal awardsHere are some self-care tips for this common condition that will affect four out of five adults in their lifetime.
Read more »