Beyond the Breaking News

Sukan SEA projek besar, perlukan pereka berpengalaman bukan graduan baharu

Malaysia News News

Sukan SEA projek besar, perlukan pereka berpengalaman bukan graduan baharu
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Sukan SEA projek besar, perlukan pereka berpengalaman bukan graduan baharu – Razaisyam

PETALING JAYA: Pengarah filem, Razaisyam Rashid menegaskan projek besar bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA memerlukan khidmat pereka yang sudah berpengalaman luas dan bukannya graduan baharu dalam mencipta logo atau grafik.

Razaisyam, 41, berkata, projek mega seperti itu sebenarnya memerlukan komitmen daripada sebuah pasukan pereka dan tidak boleh diserahkan kepada individu sahaja.

“Projek berskala besar seperti Sukan SEA, yang bertaraf antarabangsa, menuntut sentuhan tenaga kreatif yang berpengalaman dan teruji, bukannya graduan baharu. Projek seperti ini memerlukan komitmen sebuah pasukan pereka, bukannya individu.

“Walaupun idea asas boleh datang daripada individu, ia tetap memerlukan gabungan pemikiran sekumpulan pakar untuk benar-benar mematangkan idea tersebut. “Pengalaman adalah segala-galanya di sini untuk mengelakkan hasil yang tidak sempurna,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah filem yang juga merupakan alumni Universiti Malaya itu bahawa pengalaman dan kepakaran adalah keutamaan berbanding hanya untuk penuhkan objektif semata-mata.

Untuk rekod, Razaisyam Rashid merupakan pengarah yang terkenal menerusi naskhah seperti filem Pusaka, Projek: High Council dan Dukun Diva.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Celebrating Unity: Tuah unveiled as theme and mascot for SEA Games, Asean Para Games 2027Celebrating Unity: Tuah unveiled as theme and mascot for SEA Games, Asean Para Games 2027KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) today announced a dividend distribution of 6.5 sen per unit for the financial year ended June 30, 2026 (FY2026).
Read more »

10 Tahun Berkhidmat, ‘Doktor Sukan’ Pasukan Senegal Dedah Status Sebenarnya Pakar O&G10 Tahun Berkhidmat, ‘Doktor Sukan’ Pasukan Senegal Dedah Status Sebenarnya Pakar O&GSedekad berkhidmat baru disedari, &8216;doktor sukan&8217; mereka rupanya hanya pakar sakit puan.
Read more »

KBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 'Tuah', Ramai Beri Pendapat BerbezaKBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 'Tuah', Ramai Beri Pendapat BerbezaMenteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata inspirasi bagi maskot Tuah timbul daripada imej wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati.
Read more »

Local Animation Graduate Designs Sukan SEA and Sukan Para ASEAN 2027 LogoLocal Animation Graduate Designs Sukan SEA and Sukan Para ASEAN 2027 LogoAiman Amri, a 23-year-old animation graduate from Universiti Teknologi MARA, has been chosen as the designer of the official logo and mascot for Sukan SEA and Sukan Para ASEAN 2027.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 13:58:24