Dalam penentuan shoot-out, Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun gagal menyudahkan pukulan masing-masing sekali gus menyaksikan gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad negara pada 2019 di Filipina.
Skuad wanita negara tewas 1-2 kepada Thailand juga menerusi penentuan shoot-out selepas aksi final yang berlangsung di Dinosaur Park Hall berkesudahan seri tanpa jaringan.
Pada aksi di Sukan SEA Filipina itu, Malaysia menumpaskan Thailand 2-0 juga menerusi penalti shoot-out. Ketua jurulatih skuad wanita, Mohd. Badrul Hisham Osman menganggap rezeki tidak memihak kepada anak-anak buahnya selepas mereka memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan termasuk pada perlawanan akhir.
“Pemain sudah memberikan yang paling terbaik, sehabis kudrat mereka. Tetapi mungkin bukan rezeki kami,” katanya. Terdahulu skuad lelaki gagal mempertahankan pingat emas di pentas Sukan SEA apabila tewas 1-2 kepada Indonesia menerusi penentuan shoot-out di gelanggang sama.-UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sukan SEA: Indonesia rampas emas hoki dalam dewanKealpaan ketika tempoh permainan berbaki tiga minit membawa padah buat anak buah Mohd. Hanip Che Halim apabila Indonesia menjaringkan tiga gol pantas yang bermula dengan jaringan Muhammad Firdaus pada minit ke-37.
Read more »
Kemboja minta maaf bendera Indonesia terbalikKesilapan bendera Indonesia terbalik itu berlaku ketika salah seorang penyanyi tempatan Kemboja membuat persembahan diiringi penari yang membawa bendera 11 negara yang menyertai Sukan SEA Kemboja termasuk Indonesia.
Read more »