Beyond the Breaking News

Suami Kecewa Isteri Sarat Hamil Dituduh Sorok Barang Curi Dalam Baju Di Pasar Raya

Lotuss News

Suami Kecewa Isteri Sarat Hamil Dituduh Sorok Barang Curi Dalam Baju Di Pasar Raya
PasarayaPekerjaPerkongsian

Kesian dekat isteri dia.

Bayangkan sedang sarat hamil dan hanya beberapa hari lagi menunggu detik bersalin, tiba-tiba ditahan di depan orang ramai kerana disyaki mencuri Itulah pengalaman yang didakwa dilalui seorang wanita hamil 38 minggu selepas ditahan oleh kakitangan sebuah pasar raya di Selayang sebaik selesai membuat pembayaran.

, mereka ditahan oleh seorang kakitangan lelaki yang kemudian memandang ke arah perut isterinya sebelum bertanya sama ada wanita itu menyembunyikan barangan di dalam perutnya. Menurut lelaki itu, dia segera meminta bukti jika benar isterinya didakwa mencuri. Namun, apa yang berlaku selepas itu lebih mengejutkan apabila kakitangan terbabit didakwa meminta 'buku pink' sebagai bukti kehamilan sebelum mengarahkan isterinya menunjukkan bahagian perut.

Dia berkata isterinya terpaksa menunggu hampir 20 minit di hadapan pelanggan lain sementara pihak pasar raya menghubungi penyelia, sekali gus menyebabkan wanita itu berasa malu dan tertekan. Apabila penyelia tiba, juruwang yang membuat dakwaan itu akhirnya mengakui dia sebenarnya tidak pernah melihat wanita tersebut mengambil sebarang barangan. Sebaliknya, dia hanya membuat andaian kerana merasakan bentuk perut wanita itu tidak kelihatan seperti orang hamil dan mengesyaki ada barang disorok.

Juruwang berkenaan kemudian memohon maaf, manakala kakitangan lelaki yang menahan mereka turut berbuat demikian selepas dia bersemuka dengannya. Bagi lelaki itu, insiden tersebut bukan sekadar salah faham, tetapi memberi tekanan emosi kepada isterinya yang sedang menanti kelahiran anak sulung mereka. Dia berharap pihak pengurusan pasar raya menjalankan siasatan terhadap kejadian itu dan memastikan kakitangan mematuhi prosedur yang lebih profesional pada masa hadapan.

Menurutnya, jika benar wujud syak wasangka berlaku kecurian, ia sepatutnya ditangani berdasarkan bukti dan mengikut prosedur, bukannya dengan membuat andaian sehingga mengaibkan pelanggan, lebih-lebih lagi wanita yang sedang hamil. Terbaharu, lelaki itu sudah membuat laporan polis susulan insiden tersebut dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada dia dan isteriRead the full storySyed Saddiq Dibebaskan Sepenuhnya, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Pendakwaan

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Pasaraya Pekerja Perkongsian Seismik Staf Tuduh Wanitahamil

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bomba tindak pantas, kilang kertas sebelah laluan paip gas terbakarBomba tindak pantas, kilang kertas sebelah laluan paip gas terbakarSebuah kilang pemprosesan kertas yang terletak bersebelahan dengan laluan paip gas, dekat Kampung Jawa, di sini, terbakar, tengah malam tadi.
Read more »

Polis buru kereta langgar Bezza sebelum lariPolis buru kereta langgar Bezza sebelum lariPolis sedang mengesan sebuah kenderaan yang melanggar Perodua Bezza selepas kereta terbabit terbabas di Kilometer 298.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Kajang, dekat sini, awal pagi tadi.
Read more »

Agong berangkat ke Istiadat Sambutan Negara lawatan negara Presiden SingapuraAgong berangkat ke Istiadat Sambutan Negara lawatan negara Presiden SingapuraYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Negara sempena lawatan negara Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Jane Ittogi di Istana Negara, hari ini.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 14:54:42