STPM 2021: 95 calon seluruh Sarawak capai PNGK 4.00

Malaysia News News

STPM 2021: 95 calon seluruh Sarawak capai PNGK 4.00
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad berkata keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.09 peratus berbanding hanya 89 orang calon pada tahun 2020.

LIMBANG: Seramai 95 orang calon sekolah di Sarawak berjaya mencapai purata nilai gred kumulatif 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi tahun 2021.

“Seorang calon Bryan Lim Kien Seng dari SMK Sacred Heart, Sibu telah diiktiraf sebagai calon terbaik STPM 2021 negeri Sarawak. Manakala, seorang pelajar Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Nur Hamizah Mohd Fuzi, merupakan murid kategori rabun dari SMK Bako turut mencatatkan cemerlang dengan memperoleh PNGK 3.42.

“Dalam pada itu, sebanyak 10 buah sekolah di Sarawak telah mencapai keputusan STPM 2021 yang amat memberangsangkan dengan merekodkan PNGK melebihi 3.00,” katanya pada majlis pengumuman Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di SMK Kubong Limbang, semalam. Jelasnya antara sekolah tersebut adalah SMK Bako Kuching, SMK Sacred Heart Sibu, SMK Batu Lintang Kuching, SMK Merbau Miri, SMK Sungai Merah Sibu, SMK Green Road Kuching, SMK Kampung Nangka Sibu, SMK Saribas Beyong, SMK Tung Hua Sibu dan SMK Asajaya Samarahan.

Katanya, seramai 5,769 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2021 di seluruh Sarawak melalui 81 pusat berdaftar, berbanding 5,768 orang calon pada sesi 2020.-UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

18 calon STPM Perlis cemerlang peroleh PNGK 4.0018 calon STPM Perlis cemerlang peroleh PNGK 4.00KANGAR: Seramai 18 orang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini mendapat keputusan terbaik dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sekali gus menunjukkan peningkatan besar berbanding tahun lalu.
Read more »

Melaka catat 33 calon cemerlang STPM 2021Melaka catat 33 calon cemerlang STPM 2021Seramai 1,131 calon hadir menduduki STPM 2021. Peratusan calon lulus penuh dalam empat dan lima mata pelajaran adalah 99.03 peratus, menurun sedikit berbanding STPM tahun sebelumnya.
Read more »

STPM: 74 calon lulus cemerlang di PerakSTPM: 74 calon lulus cemerlang di PerakIPOH: Seramai 74 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Read more »

STPM results: No urban-rural gapSTPM results: No urban-rural gapSELAYANG: Rural students are on par with their urban peers in the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 examination results for the first time since 2013.
Read more »

STPM 2021: 874 candidates score perfect 4.0 CGPA, says Malaysian Examinations CouncilSTPM 2021: 874 candidates score perfect 4.0 CGPA, says Malaysian Examinations CouncilKUALA LUMPUR, Aug 18 — A total of 874 candidates scored a perfect 4.0 in cumulative grade point average (CGPA) in the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021, a slight...
Read more »

45 buah sekolah di Kelantan catat kelulusan 100 peratus STPM45 buah sekolah di Kelantan catat kelulusan 100 peratus STPMKOTA BHARU: Kelantan mencatatkan keputusan membanggakan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 apabila 45 daripada 60 buah sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus.
Read more »



Render Time: 2025-02-25 18:09:57