Beyond the Breaking News

Stok topeng N95 mencukupi - pembekal

United States News News

Stok topeng N95 mencukupi - pembekal
United States Latest News,United States Headlines

Sebagai antara pembekal utama topeng muka itu, 3M secara aktif terlibat dalam kempen kesedaran orang ramai sejak dua bulan lepas. utusanonline

Pengurus bagi Bahagian Keselamatan Peribadi 3M Malaysia Sdn Bhd, Wong Siew Hooi berkata, terdapat beberapa pembekal tidak menyimpan stok yang banyak untuk perlindungan pernafasan kerana barang itu pada umumnya dalam kategori produk kurang jualannya dan tidak diperlukan pada kebanyakan masa.

“Kebanyakan masa, permintaan untuk perlindungan pernafasan tidak tinggi yang menyebabkan farmasi tidak menyimpan kuantiti yang besar. Tetapi dengan keadaan jerebu yang teruk sekarang ini, pembekal mungkin menghadapi sedikit masalah dalam memenuhi permintaan yang tiba-tiba mendadak,” katanya di sini, hari ini. Beberapa hari yang lepas, stok topeng muka N95 amat berkurangan di farmasi dan dalam talian kerana orang ramai menyedari pentingnya penggunaan topeng muka bagi melindungi diri mereka daripada jerebu yang menyelubungi negara keseluruhannya. Terdapat beberapa jenis alat pelindung pernafasan hidung dan mulut, tetapi jenis N95 disyorkan oleh Kementerian Kesihatan kerana ia boleh menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah yang berukuran 0.3 mikron dan ia berkesan apabila digunakan dengan betul dan sesuai dengan muka si pemakai. Wong berkata, sejak jerebu bertambah teruk dan negara dalam keadaan kritikal sejak dua minggu lepas, 3M melakukan yang terbaik untuk membekalkan stok topeng muka N95 di seluruh negara. Beliau berkata, 3M akan memastikan harga topeng muka N95 tidak dinaikkan kerana orang ramai perlu dilindungi semasa krisis jerebu. Sebagai antara pembekal utama topeng muka itu, 3M secara aktif terlibat dalam kempen kesedaran orang ramai sejak dua bulan lepas apabila jerebu bermula bagi memastikan orang ramai dimaklumkan akan keberkesanan topeng muka N95. Ini termasuk menyediakan video pendidikan, poster, bertemu media, meletakkan 3M Safety Flagship Store di Lazada,serta kerjasama dengan pihak berkenaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan . Bacaan Indeks Pencemaran Udara antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 , 101 hingga 200 , 201 hingga 300 manakala 300 ke atas berbahaya. - BERNAMA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Naikkan harga topeng muka boleh dikenakan tindakanNaikkan harga topeng muka boleh dikenakan tindakanTopeng muka adalah barang harga terkawal yang mana harga maksimumnya telah ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. utusanonline
Read more »

Penutup hidung, mulut laku bagai 'pisang goreng panas' | The Malaysian InsightPenutup hidung, mulut laku bagai 'pisang goreng panas' | The Malaysian InsightPengusaha premis berkenaan mula menambah stok penutup hidung dan mulut jenis N95.
Read more »

N95 paling berkesanN95 paling berkesanKualaLumpur Penggunaan penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah paling berkesan dalam situasi jerebu berikutan ia dapat menapis partikel sehalus 0.1-0.3 mikron.
Read more »

Stocks of N95 masks run low as API readings soar across Malaysia | Malay MailStocks of N95 masks run low as API readings soar across Malaysia | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 19 — The growing demand for N95-type face masks has led to its stock being almost depleted in the market as the people are now more aware of the importance of using the mask to protect themselves from the haze that has blanketed the nation. Although there are various types of...
Read more »

Tiada penyelewengan, manipulasi harga topeng muka di TerengganuTiada penyelewengan, manipulasi harga topeng muka di TerengganuKUALA TERENGGANU 19 Sept. - Tiada penyelewengan mahupun manipulasi harga topeng muka dikesan di Terengganu, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, hari ini.
Read more »

NIOSH to distribute N95 masks around S’gor, Putrajaya and Negri Sembilan todayNIOSH to distribute N95 masks around S’gor, Putrajaya and Negri Sembilan todayPETALING JAYA: The National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) will be distributing N95 masks around the areas of Selangor, Putrajaya...
Read more »



Render Time: 2026-06-16 10:05:34