Stadium Nasional ditutup mulai esok untuk baik pulih padang, kata menteri
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berkata Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai esok bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dimulakan dengan segera. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2022.
KEMENTERIAN Belia dan Sukan tidak mahu melewatkan lagi kerja-kerja membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil selepas kualiti padangnya menjadi topik perbualan hangat ketika pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung sekarang. Menterinya Ahmad Faizal Azumu berkata SNBJ akan ditutup mulai esok bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dimulakan dengan segera, berbanding perancangan awal untuk ditutup pada penghujung Mac 2023.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!