SPRM turut melihat keperluan untuk membuat siasatan forensik terhadap akaun universiti terbesar itu
KUALA SELANGOR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan menerima dokumen daripada pengurusan Universiti Teknologi Mara berhubung dakwaan ketirisan dan kerugian dalam UiTM Holdings.
Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM perlu melihat secara keseluruhan berikutan dakwaan dan kerugian tersebut sudah pun berlaku dan siasatan sudah dibuat sejak dua tahun lalu. “Jadi, kita kena lihat bagaimana kehilangan itu boleh berlaku. Mungkin kehilangan disebabkan oleh projek-projek tertentu, apabila campur-campur maka menjadi makin tinggi ,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan cawangan baharu SPRM Kuala Selangor, hari ini.
Malah, akhbar sama turut mendedahkan dakwaan pembaziran dilakukan universiti terbesar itu dalam pengurusan kewangannya yang dikatakan sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan mahasiswa dengan mengambil iktibar daripada kerugian dialami UiTM Holdings.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemisahan Mass Comm lalui LPU UiTM'Antara perkara yang perlu dibuat seperti pembentukan semula jawatan dekan bagi fakulti, struktur organisasi fakulti, sumber kewangan fakulti dan lain-lain'
Read more »
Tuduhan SPRM tawar RM10 juta babitkan Muhyiddin fitnah - KP SPRMPETALING JAYA: Kenyataan seorang individu yang membuat tuduhan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah disifatkan sebagai fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Read more »
Rasional bawa masuk pakar perumahan Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat | The Malaysian InsightAntara isu lain yang akan dibangkitkan adalah aplikasi chat dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Read more »
Program Kerjaya Graduan UiTM dan Perkeso sasar 1,500 pengunjungProgram tersebut menghimpunkan lebih 20 organisasi yang menawarkan peluang kerja bermula peringkat sijil hingga pasca siswazah
Read more »
Suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta rekrut pelajar masuk universitiIa membabitkan bayaran komisen sebuah program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta.
Read more »