SPRM tahan guru besar minta, terima rasuah RM10,000
Guru besar sebuah sekolah di Kluang disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000 tahun lepas daripada seorang pengusaha kantin sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mei 2023.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang guru besar di sebuah sekolah di Kluang kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000 tahun lepas. Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Difahamkan, lelaki tersebut telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Siasatan SPRM tak perlu jadi isu politikPenting untuk diingatkan bahawa tidak diperlukan pertuduhan dibuat oleh SPRM untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang sedang disiasa
Read more »
Hungry student finds Maurizio Cattelan’s RM535,000 banana ripe for the taking at Korea museumItalian artist Maurizio Cattelan’s iconic art piece Comedian – a ripe banana duct-taped to a wall and on display at an art museum in Seoul – was eaten by a college student in an act he described as “artwork”.
Read more »
TNB ordered to pay factory worker RM30,000 in counterclaimKLANG: A factory worker was awarded RM30,000 in a counterclaim by the Magistrate's Court here against Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Read more »