SPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2022.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan. Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu. Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin pula dilapor berkata beliau tidak takut disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini. – Bernama, 6 Disember, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muhyiddin dares critics to investigate source of RM600 billion fund | The Malaysian InsightFormer PM says impossible for public’s money to go into his bank account.
Read more »
Isu dana RM600 bilion diserah kepada badan siasatan, kata PM | The Malaysian InsightAnwar berkata Kementerian Kewangan telah memaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana itu.
Read more »
Saifuddin dapatkan pandangan KPN mengenai isu RM600 bilion | The Malaysian InsightMenteri dalam negeri berkata akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Acryl Sani Abdullah Sani untuk tindakan selanjutnya.
Read more »
Saifuddin to discuss RM600 billion misappropriation allegation with IGP | The Malaysian InsightMinister says appropriate authorities will investigate there are sufficient grounds.
Read more »
Seleweng RM600 billion: Muhyiddin tidak takut disiasat“Tak mungkin saya seleweng wang ini kerana ia adalah wang individu atau bank yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Saya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu tidak ada apa-apa kuasa ke atas penggunaan wang ini,”
Read more »
Isu RM600 bilion dibincang dengan KPN - Saifuddin Nasution“Sudah tentu saya akan dapatkan pandangan daripada pihak badan siasatan berkaitan, kalau ia berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM).'
Read more »