SPR mesyuarat Jumaat ini bincang tarikh penting kerusi Parlimen Padang Serai
SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Jumaat ini bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan kematian calon Pakatan Harapan bagi kerusi berkenaan M. Karupaiya hari ini.“SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
SPR juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap semoga keluarganya tabah menghadapi kehilangan mendiang. Karupaiya, 69, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Padang Serai meninggal dunia hari ini dan perkara itu disahkan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail. Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman , C. Sivaraajh , Mohd Bakhri Hashim , Azman Nasrudin dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU15, Sabtu ini. – Bernama, 16 November, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPR tambah satu peti undi di 10 Parlimen, 2 DUN | The Malaysian InsightPenambahan satu peti undi di bahagian pilihan raya yang mempertandingkan tujuh atau lebih calon, kata setiausaha SPR.
Read more »
Majikan swasta digesa beli pelepasan cuti am pada Jumaat, Sabtu ini | The Malaysian InsightMenteri Sumber Manusia M Saravanan berkata ia bagi memberi peluang kepada pekerja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Read more »
Kedah turut umum cuti Jumaat dan SabtuSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali berkata, pengumuman itu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang terdahulu mengisytihar cuti umum pada tarikh sama.
Read more »
Pakatan's Padang Serai candidate M. Karupaiya passes awayALOR SETAR: M.Karupaiya, Pakatan Harapan's candidate for the Padang Serai parliamentary seat, has passed away.
Read more »
GE15: PH's Padang Serai candidate Karupaiya dies | TRPSubscribe to our Telegram channel for the latest stories and updates. Pakatan Harapan's (PH) Padang Serai candidate for the 15th General Election (GE15) Karupaiya Mutusami, who is also the parliamentary seat's incumbent, passed away today. In confirming Karupaiya's death, PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail said they last met on 14 November…
Read more »